Tular perkongsian wanita mengenai dilema dihadapinya sama ada mahu terus setia dan bersuamikan pasangan yang disahkan menghidap masalah bipolar ataupun mengundur diri.
Walaupun seorang yang baik dan penyayang, namun dia akui tertekan apabila penyakitnya menyerang. Malah, dia mendedahkan pasangannya pernah melakukan cubaan membunuh diri apabila mereka bergaduh besar atau meminta untuk memutuskan perhubungan. Apa yang membuatkan dirinya begitu tertekan, wanita yang enggan dikenali ini berkata, dia seolah-olah satu-satunya individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga lelaki tersebut.
Mendedahkan lebih lanjut, wanita ini berkata dia bukan mahu 'mencari masalah' namun sudah terlambat baginya untuk berundur kerana hanya mengetahui mengenai penyakit pasangannya itu selepas mereka menjalin hubungan istimewa. Tambah wanita ini, dia juga bimbang untuk 'berundur' kerana tidak mahu pasangannya merana dan seterusnya mengambil tindakan yang boleh membahayakan nyawa. Dia juga enggan dibelenggu perasaan bersalah pasangannya membunuh diri akibat putus cinta. "Saya tak tahu sama ada saya patut stay atau tak, sebab kalau sayang, memang saya sayang dia. Tapi untuk menjadi satu-satunya penjaga dia, saya rasa penat sangat. "Berurusan dengan manusia biasa pun dah memenatkan. Saya tak tahulah saya kuat ke tidak untuk hadap hari-hari sepanjang hidup. Risau mental saya pula tak stabil," luahnya yang dikongsi di Twitter TwtWedding. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-ratanya memberikan cadangan malah meminta wanita tersebut berfikir panjang sebelum mengambil keputusan. Ada yang meminta dia dan pasangan mendapatkan nasihat kaunseling dan segelintirnya menyarankan supaya wanita itu memikirkan dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum orang lain. Sumber: mStar
|
Atata replied at 23-9-2022 12:20 PM
Masalahnya dia dah terlanjur sayang la hadui korang cuba lah duduk dalam kasut dia. Dilema la nak ti ...
ADVERTISEMENT