Oleh Adib Za Kadang kala bosan makan menu yang kompleks. Adakalanya, mahu sahaja menyantap makanan yang bergoreng sahaja!
Sotong celup tepung adalah jawapannya! Sangat mudah disediakan, dan sangat enak. Rasa tepungnya yang rangup dan isi sotong yang manis, pasti membuatkan anda menjilat jari! Menarik sekali, menu ini bersifat sangat universal! Jangan lupa perahkan lemon atau limau untuk rasa yang lebih ummph! Selamat mencuba! - CARI Infonet (Sumber foto: recipenfood) (Sumber foto: Baker bynature) Bahan-bahan SOTONG CELUP TEPUNG: 4 ekor sotong (saiz sederhana besar) 1 cawan kecil tepung gandum 1/2 cawan kecil tepung jagung 3 sudu besar tepung beras Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung) Serbuk lada putih secukupnya Serbuk lada hitam secukupnya Serbuk kunyit secukupnya Sebiji telur dipukul sedikit Minyak untuk menggoreng Cara Memasak : 1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam 2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam. 3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul. 4. Panaskan minyak. 5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur. 6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur. (Kredit resipi: Resipibonda.com)
|
9
Bagus |
3
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT