Laporan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dirujuk ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) sejak Isnin lalu dianggap sebagai layan istimewa oleh Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Muar tersebut dalam ciapan di Twitter mendesak supaya penjelasan diberikan terhadap ‘layanan istimewa’ yang diperoleh Ahli Parlimen Pekan berkenaan. Bekas Menteri Belia dan Sukan ketika pentadbiran Pakatan Harapan itu mendakwa, rawatan yang diberikan kepada Najib merupakan satu bentuk ‘layanan dua darjat’ kepada banduan. Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Najib telah dirujuk ke HRC bagi rawatan dan pemantauan lanjutan terhadap tahap kesihatannya.
Menurut jabatan tersebut, Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau. Jelasnya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 September lalu telah memerintahkan Najib dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu yang tidak memuaskan. Sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab jabatan itu menambah, pihaknya bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga seperti yang termaktub di bawah Akta Penjara. Ini termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan seperti yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan. Media sebelum ini, melaporkan Najib yang hadir di Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu bagi prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dirujuk ke Hospital Kajang kerana mengalami masalah kesihatan. Najib dirujuk ke hospital tersebut ekoran ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk. Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd. Sumber: MalaysiaGazette |
rashiman: Takkan pihak penjara hari2 nak ...
Tinot7 replied at 22-9-2022 09:33 PM
iols takazut pulak kaka kaki tak mencemar duli bubuh gambaq sed sedik dan tiak vulu..
rashiman replied at 22-9-2022 09:48 PM
Takkan pihak penjara hari2 nak beritahu pergerakkan pok jib..
stingerbumpy replied at 23-9-2022 06:01 AM
Simpan fetish ko iteww utk diri ko sendiri pls...
Malu ler sikit.....
ADVERTISEMENT