Hasrat lima graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menghadiri majlis konvokesyen tidak kesampaian apabila terlibat nahas di Kilometer 396 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Ulu Bernam, awal pagi ini.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Noor Azam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 pagi dan mengerahkan anggota ke lokasi kejadian. "Kemalangan melibatkan sebuah Proton Saga yang dinaiki lima graduan perempuan berusia 21 tahun, telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
"Akibat kemalangan tersebut seorang daripada mereka tersepit di bahagian hadapan dan mengalami kecederaan parah. "Manakala empat lagi rakan mangsa pula mengalami kecederaaan ringan dan kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Noor Azam berkata, kesemua mangsa dipercayai akan menghadiri Majlis Konvokesyen di UiTM Shah Alam. Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sumber: AWANI
|
noor2 replied at 22-9-2022 05:30 PM
Budak2 ni x de mak bapak ke cane...sb berani betul bg anak2 drive pagi2 buta jauh2 perjalanan...
VitchyPinkVitch replied at 22-9-2022 04:25 PM
Microsleep ke tp naik ramai2, mesti la kecoh2 sembang dlm kete. xkan yg lain tidoo je. Moga cepat se ...
Thunderclouds replied at 22-9-2022 06:01 PM
Mmg dibiar berdikari tu kak noor. Kadang2 duduk jauh nk konvo makAyah kna carik penginapan. Kos tu ...
VitchyPinkVitch: Microsleep ke tp naik ramai2, ...
Perawankota replied at 23-9-2022 02:17 AM
Kalau tengok waktu tu awal pagi.. Maybe yg lain2 tu dah tido.. Dia sorg je drive..
Aku dulu palin ...
noor2 replied at 22-9-2022 09:30 AM
Budak2 ni x de mak bapak ke cane...sb berani betul bg anak2 drive pagi2 buta jauh2 perjalanan...
noor2 replied at 22-9-2022 05:30 PM
Budak2 ni x de mak bapak ke cane...sb berani betul bg anak2 drive pagi2 buta jauh2 perjalanan...
Buritan replied at 23-9-2022 11:31 AM
Ade.. anak aku yg baru .masuk ni pun dah garit nak naik kete dgn kenkawan.. aku bg jawapan big big ...
ADVERTISEMENT