Nampaknya isu membabitkan tugas rider penghantar makanan masih belum habis diperkatakan di media sosial. Isu ini hangat sejak minggu lalu apabila seorang wanita mempertikaikan mengapa rider dari sebuah syarikat penghantaran makanan tidak menghantar pesanan di pintu rumahnya sedangkan kediamannya bukanlah kawasan yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan.
Terbaharu, seorang rider tampil mengemukakan hujahnya dan menganggap penghantar makanan yang mengikut permintaan pelanggan untuk menghantar pesanan sehingga ke pintu rumah terutama di kawasan perumahan bertingkat sebagai 'bodoh'. "Tengok, abang J&T pun letak dekat bawah. Abang Pos (Malaysia) pun letak peti surat bawah. Kenapa kita wajib kena naik atas?
"Sebab kita bodoh dan (tak) bersatu, tak berani melawan sama-sama ke? Dah la order sikit, bayar macam tahi," tulis rider berkenaan menerusi laman Facebook GrabFood Rider Malaysia. Rider tersebut turut memuat naik sekeping gambar di satu sudut tingkat bawah sebuah perumahan bertingkat, yang memaparkan beberapa bungkusan serta kotak barangan milik pelanggan yang diletakkan oleh pekerja syarikat kurier. Berdasarkan perkongsian tersebut, rider berkenaan berkemungkinan cuba mendapatkan sokongan daripada para penghantar makanan yang lain untuk bersetuju dengan pandangannya. Namun ternyata apa yang diharapkan rider berkenaan tidak berlaku sama sekali apabila majoriti komen pada perkongsian tersebut mengecam kembali dirinya. "Bang, berhenti sajalah daripada bising dalam Facebook ni. "Dah tu kenapa abang tak kerja J&T je? Kenapa perlu buat Grab? Bandingkan epal dengan oren memang tak boleh, satu barang dan satu lagi makanan. "Bila tak ada order 'melalak', bila ada order pemalas. Belajar bersyukur... kita memang buat service door to door. "Bingai tu simpan sikit... gantung sajalah beg," demikian antara reaksi ahli grup berkenaan. -CARI Sumber: mStar Online
|
kakikuDibibirmu replied at 22-9-2022 12:05 PM
Kan dah kena bodoh{: ...
Rockafella replied at 22-9-2022 12:21 PM
Anda bekerja tetapi dalam masa yang sama anda merungut kena hantar makanan sampai depan pintu rumah ...
ADVERTISEMENT