CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanggung Perit Seumur Hidup, Kisah Hitam Mangsa Dera Dan Rogol Yang Menyakitkan

22-9-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1726| Komen: 6

Luluh hati melihat kesan merah berbirat penuh di badan dua kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa dera selama dua tahun.

Tidak tertanggung rasa derita kedua-duanya. Dipukul tanpa belas ihsan, malah mungkin dibiarkan tanpa makanan berjam-jam lamanya.

Rayuan kanak-kanak berkenaan supaya membawanya keluar dari ruang ‘neraka’ itu membuktikan bahawa begitu perit keadaan yang ditanggung.

Jika benar mereka didera, tiadakah sekelumit rasa sayang dan kasihan pada darah daging sehingga tergamak diperlakukan sedemikian.


Foto: Kosmo

Tiadakah sedikit rasa curiga selain perasaan percaya si ibu pada saudaranya selama dua tahun tidak berjumpa kanak-kanak itu.

Tiadakah rasa pelik dalam kalangan jiran tetangga tentang perilaku suspek mahupun anak-anak itu.

Berpada-padalah berpegang pada kata-kata jangan jaga tepi kain orang kerana perumpamaan itu tidak boleh dipakai pada setiap masa.

Ada kalanya sikap menyibuk kita mampu menyelamatkan nyawa orang.

Satu lagi kisah menyakitkan adalah peristiwa hitam melingkari dua remaja yang menjadi pemuas nafsu bapa selama tujuh tahun.

Sungguh tidak tertanggung, apabila mengenangkan detik hitam terpaksa di tempuhi dua beradik itu sepanjang tempoh kejadian dan sesak dada memikirkan masa depan mereka.

Dalam isu ini trauma yang ditanggung dua remaja itu perlu dirawat dan diubati. Tujuh tahun mereka simpan detik hitam buat sesuatu yang mudah.

Kes rogol remaja berusia 14 tahun oleh lima lelaki yang berlaku di salah sebuah daerah di Selangor turut menyesakkan dada.

Bagaimana ia boleh terjadi dan keadaan apa yang mendorong lima lelaki berkenaan melakukan perbuatan terkutuk itu. Pengaruh apakah merasuk mereka. Sungguh tidak terjangkau dek akal pemikiran.

Tiga kes ini antara beribu kisah tragis berlaku sekitar seminggu dua ini, pendedahan bukan menunjukkan kepincangan keluarga tetapi menyelamatkan lebih ramai mangsa.

Statistik menunjukkan seramai enam kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa jenayah seksual setiap hari di negara ini sejak tiga tahun lalu.

Statistik diperoleh itu berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merekodkan sebanyak 6,897 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan remaja bagi tempoh tiga tahun antara 2018 hingga 2020.

Kanak-kanak yang sepatutnya membesar dengan penuh senyuman dan tawa ria, tetapi menempuh kehidupan maha dasyat sejak kecil.

Sukar untuk mencari punca, namun kembalilah kepada pembinaan keluarga bahagia, agar setiap perilaku disusuli dengan belas ihsan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 22-9-2022 11:35 AM
Ya Allah kesian nya..... Setan punya saudara!!! Kadang² setan nie nmpk suci depan jiran....
Quote KamikuP 22-9-2022 03:16 PM
Mohon pesalah kene pukul teruk sampai mati oleh banduan lain dlm penjara
Quote Artemesiaa 22-9-2022 04:35 PM
Sebab tu pesalah seharus dihukum seberatnya
Quote CardiGans85 22-9-2022 07:24 PM
Aku memang tak boleh la tengok badan budak birat2 macam ni..naik angin.
Quote Sazida 23-9-2022 11:22 AM
Mohon dicambuk sampai mati ye org mcm ni.
Quote ifanonline 23-9-2022 11:34 AM
dunia ini penuh dgn kekejaman, sebagai manusia yg berakal, kita perlu menghentikan kekejaman dengan kata2, perbuatan dan tindakan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.572434 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top