CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rahsia Cendol Tambah Percuma Leman Dawi

21-8-2015 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 17066| Komen: 49

Oleh Izzah Abbasy

Apakah kisah di sebalik cendol tambah percuma Leman Dawi ini?





Persepsi mnegnai Leman Dawi ini merupakan satu keputusan hidup yang terus mengubah bukan sahaja kehidupannya malah dalam masa yang sama turut memberi nilai tambah kepada orang lain – dan bukan semua orang boleh melakukan yang sama seperti yang dilakukan olehnya.

Bermula daripada kisah dirinya yang tidak cukup 10 sen untuk membayar cendol dan dibelasah serta dihalau daripada kedai, Leman Dawi mengambil keputusan untuk membuka sendiri gerai cendol.

“Saya berjalan sejauh 10 kilometer dari rumah di Kampung Ulu Sepri, Rembau smeata-mata untuk makan cendol. Saya memesan dua mangkuk cendol yang berharga 10 sen semangkuk tanpa menyedari saya tidak cukup wang”

“Peniaga terbabit memukul dan menghalau saya hanya kerana saya tidak cukup 10 sen. Perasaan sedih ketika itu tidak dapat digambarkan. Sejak itu saya bertekad mahu menjual cendol apabila dewasa dan membenarkan pelanggan menambah dengan percuma,” katanya kepada BH Plus.








Leman Dawi membuka warung cendol di tepi jalan berhampiran Taman Tuanku Jaafar di Senawang beberapa tahun lalu sebelum bersara daripada perkhidmatan tentera pada tahun 1993. Lebih menarik lagi, Leman tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada pelanggan yang miskin.

Dia juga turut dikenali sebagai ensiklopedia bergerak kerana banyak mengetahui sejarah di Malaysia dan juga pengetahuan am yang lain. Warung cendol Leman Dawi dibuka pada pukul 11 pagi setiap hari sehingga 5 petang atau akan ditutup awal jika cendol habis awal.

Ini bukti dalam video pendek Leman bercerita mengenai sejarah tempat.




Semoga rezeki Leman Dawi bertambah-tambah dan ceritanya boleh dijadikan pengajaran buat semua. - CARI Infonet
34

Bagus
16

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangcomel 12-8-2015 02:26 PM
murah rezeki pakcik leman
diharap yg menambah pon berpada2 la
jgn sebab percuma dibalunnya berkali2
sian pakcik leman takde untung nnt
Quote missdara 12-8-2015 02:40 PM
Saya nak saya nak..

Macam sedap je cendol tu..
Quote harkktuih 12-8-2015 02:41 PM
musangcomel replied at 12-8-2015 02:26 PM
murah rezeki pakcik leman
diharap yg menambah pon berpada2 la
jgn sebab percuma dibalunnya berkali ...

lagi satu tambah byk2 pastu x abes mkn..
Quote beskalmeroh 12-8-2015 02:41 PM
Rezeki..makin banyak memberi.. makin Allah gandakan.. pahala dan rezeki..
Quote blythes 12-8-2015 02:42 PM
ade kedai laksa ikan sekoq kat loqstaq pun buat gini. tambah free
Quote prettyuglybabe 12-8-2015 02:49 PM
dah viral, ramai orang datang, tambah free pun takde lagi..
contohnya cendol bakar kat kuala selangor tu..
bila dah terkenal ramai orang datang, tambah free takde..
kualiti pun jadi so so je..
Quote abas8888 12-8-2015 02:53 PM
semoga bertambah rezeki..harap2 ada pembeli yg sedekah lak kat pakcik ni..sama2 lumba sedekah..
Quote ajinomotonosuga 12-8-2015 02:54 PM
kalo hangpa nak kenai manusia yang makna puasssssssssssss dalam idup ialah dengan MEMBERI

ini loh manusio nyo

konpiden makin hari makin naik..esp tentang pentingnya ILMU

so dia kongsi ILMU dia..tentu ada yang tak suka dia bebel cam tu..bior lah..bior tuhan setel

tapi apo dio buek tu mesia patut syukur..beri lagi 100 oang cam ni..mesia bertambah2 syukur

hidup ni terasa puas kalo kita beri kepuasan pada orang lain, hamba Allah yang lain

dan tadak apa pemberian paling puas dan besar macam apa saidina ali r.a. pesan, melainkan ILMU

Quote BlueRose99 12-8-2015 02:54 PM
prettyuglybabe replied at 12-8-2015 02:49 PM
dah viral, ramai orang datang, tambah free pun takde lagi..
contohnya cendol bakar kat kuala selang ...

Aah kan! Dlu Cendol Bakar kt Assam Jawa, Kuala Sgor tu ada tambah.. skrg tkde dah!
Quote aTiKah_aYuNi 12-8-2015 02:57 PM
murah rezeki pakcik leman
Quote fatoush! 12-8-2015 02:58 PM
cendol leman dawi ni biasa biasa ja..

mkn semangkuk dh cukup..nak tambah pun malas..

tapi kalau kat seremban, cendol yg sedap try pegi cendol haji sarip..

kompem nak tambah lagi..
Quote musangcomel 12-8-2015 02:59 PM
harkktuih replied at 12-8-2015 02:41 PM
lagi satu tambah byk2 pastu x abes mkn..

itu lg la
rasa nak lempang je kan
tau la free tp jgn la membazir
slalu jumpa set2 mcm ni masa mkn buffet
lenkali amik setakat nak mkn je, gitew
Quote obelisk 12-8-2015 03:00 PM
sesiapa yg mkn kat situ sekali sekala hulur la lebih sikit kat pak leman tu, bgtau dia keep the change, tu salah satu cara kita boleh appreciate kebaikan dia dan bantu perniagaan dia terus kekal...
Quote stania83 12-8-2015 03:01 PM
pakcik ni austistik ke, sbb org normal susah jugakla nak buat promo macam nii plus boleh hafal benda benda pelikk./
Quote taji2906 12-8-2015 03:07 PM
cendol dia biasa2 je... tp nak cuba apa salahnya kan.. dan niat dia tambah free tu bagus.. moga rezki dia melimpah ruah...
Quote chinta89 12-8-2015 03:13 PM
org mesia ni, kalau percuma terus tambah byk lepas tu tak habis.

pak leman kena cas bayar tau kalau diorg sengaja bazirkan.. jgn bg org membazir sesuka hati.
Quote mak_wa95 12-8-2015 03:14 PM
biasa2 je ke..

sbb tu dia bagi tambah sbb org makan semangkuk dah cukup, berapa kerat sgt nak tambah..
apa2 pun keje berpahala tu
Quote BlueRose99 12-8-2015 03:17 PM
taji2906 replied at 12-8-2015 03:07 PM
cendol dia biasa2 je... tp nak cuba apa salahnya kan.. dan niat dia tambah free tu bagus.. moga rezk ...

.. tapi nmpk menggiurkan!



Quote chandrahusin 12-8-2015 03:19 PM
fatoush! replied at 12-8-2015 02:58 PM
cendol leman dawi ni biasa biasa ja..

mkn semangkuk dh cukup..nak tambah pun malas..

yg ni aku sokong
takde apa mslh pun dgn cendol leman dawi
tp sedap tu takde la smpai aku nak sesaja pegi
klu mmg lalu jalan rembau tu boleh la singgah
selain haji sarip kat tgh bandar sban
org ckp cendol karim kat mah fah/ kg sentosa, paroi tu pun sodap

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052283 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top