CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Bukan Isteri Sempurna," Ramai Risau Alyah Tengok Alyah Menangis Teruk Di Media Sosial

21-9-2022 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4734| Komen: 37

Description: “Alhamdulillah saya okey sahaja. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan”.
Foto: IG


“Alhamdulillah saya okey sahaja. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan”.

Demikian penjelasan penyanyi Datin Alyah berhubung sebuah video menunjukkan dirinya sedang menangis teresak-esak seperti yang dikongsikan dalam Instagram dan TikTok miliknya.



Perkongsian adegan air mata itu sekali gus memancing emosi peminat apabila rata-rata turut berasa terharu, malah meluahkan kebimbangan melihat keadaan penyanyi itu.

Alyah atau nama lengkapnya Noor Hasliah Abu Hasan ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia tiada niat untuk meresahkan khalayak, sebaliknya sekadar mahu meminta peminatnya melakukan cabaran yang dipanggil ‘Cinta Sahabiyah Challenge’.



“Saya ada anjurkan satu cabaran dipanggil ‘Cinta Sahabiyah Challenge’ bersempena dengan single terbaharu saya berjudul Cinta Sahabiyah.

“Dalam cabaran tersebut, peminat perlu merakam video sedang menangis dengan berlatar belakangkan lagu Cinta Sahabiyah. Menangis betul-betul tau, bukan tipu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kata Alyah, individu dengan video terbaik akan menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM300.



Dalam video yang dikongsika, Alyah mengakui benar-benar menangis sehingga menitiskan air mata kerana tersentuh dengan lirik lagu Cinta Sahabiyah.

Biarpun sekadar video menyahut cabaran, aksi isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS itu tetap meruntun hati peminat.



“Tiba-tiba rasa nak menangis,” kata seorang peminatnya.

“Semoga Alyah kuat. Kami peminat sentiasa mendoakan awak,” kata seorang lagi peminat.

“Kenapa Datin? Semoga Datin kuat ya,” komen seorang pengguna TikTok.



Bercakap tentang lagu Cinta Sahabiyah, penyanyi berusia 42 tahun itu memberitahu lirik lagu tulisan sendiri tersebut mempunyai maksud yang sungguh mendalam.

“Lirik Cinta Sahabiyah ditulis sendiri. Lagu ini ditujukan kepada para isteri termasuk diri sendiri untuk belajar menjadi lebih sempurna.

“Saya bukanlah isteri yang sempurna, tapi belajar untuk jadi yang lebih baik,” katanya.



Mengisahkan pengorbanan wanita-wanita hebat pada zaman Rasulullah, Cinta Sahabiyah yang dilancarkan pada 9 September lalu merupakan ciptaan bersama komposer Omar K.

Lagu tersebut diilhamkan Alyah selepas membaca kisah-kisah ‘sahabiyah’ iaitu sahabat perempuan atau para Muslimah zaman Nabi Muhammad SAW. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ilahaz 21-9-2022 05:42 PM
Hmmm pape jela lh datin
Quote surih07 21-9-2022 05:46 PM
Macam2 la datin ni
Quote sleepandream 21-9-2022 06:27 PM
GV kembali maka alyah pun muncul semula

apooo challenge nangis... suruh ibu fauziah nawi masuk jah
Quote September14 21-9-2022 06:31 PM
Apoooo

Tp baju dia kt aim tu lawo
Quote cikgojesss 21-9-2022 06:45 PM
dah lama kot sheols kehausan..
siannya
Quote asfaz 21-9-2022 07:02 PM
sleepandream replied at 21-9-2022 06:27 PM
GV kembali maka alyah pun muncul semula

apooo challenge nangis... suruh ibu fauziah nawi masu ...

Rasanya wan maimunah boleh kalahkan FN
Quote lazim 21-9-2022 07:33 PM
Cik yah ni asal tokram gv dia mula la meragam
Quote dakewa 21-9-2022 08:46 PM
Nampak tua ehhhh sheols ni. Tgk bideo dia dgn tokram tu mcm sian ehh. Takde rase vibe2 loving cmtuuu
Quote pocongkiutss 21-9-2022 09:12 PM
Iols rasa muka Alyah & Ira Kazar mcm serupa je
Quote ilacantik 21-9-2022 09:14 PM
lazim replied at 21-9-2022 07:33 PM
Cik yah ni asal tokram gv dia mula la meragam

Mungkin terpaksa meramas cadar sendiri, itu yg meragam kalau musim GV.
Quote Mizlyn 21-9-2022 09:55 PM
Awal she wat perangai..
She jeles dgn tom ke? Ala.. Tok Ram je bukan TOM Ram..
Quote rosannazmia 21-9-2022 10:05 PM
Adehhh , dah mula dah, thread sama naik dgn thread GV...
Quote kitmal 21-9-2022 10:08 PM
dah kenapa pulak ni..setiap kali GV  kena ada drama ke
Quote Nham22 21-9-2022 11:22 PM
Adehh badan die dah cun semula. Lepas potong usus... Sukelah tu boleh pakai dress ketat2x......
Quote afidahoney27 21-9-2022 11:29 PM
Makin letopzz bila makin slim. Sedapkah lagu baru datin
Quote lyshafull 21-9-2022 11:36 PM
Filter kuats
Quote Suchi 22-9-2022 12:03 AM
Mizlyn replied at 21-9-2022 09:55 PM
Awal she wat perangai..
She jeles dgn tom ke? Ala.. Tok Ram je bukan TOM Ram..

Selama musim GV ni tak penah lg kan ada retis yg sakau laki org yg jd krew mahupun juri ke apa kan? Harap tahun ni takde la yg pecah rekod plak, btw tahun ni iols dh tak tgk gv so taktau laa drama2 kat gv tu dah.
Quote AWEKSAMURAI 22-9-2022 12:19 AM
sleepandream replied at 21-9-2022 06:27 PM
GV kembali maka alyah pun muncul semula

apooo challenge nangis... suruh ibu fauziah nawi masu ...

Tettttt lagenda menangis dlm Malaysia ni adalah acik wan maimunah hahaha pewaris Neng Yatimah
Quote eyansss 22-9-2022 12:23 AM
kagum aku tokram boleh bertahan sehingga kini…

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054134 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top