CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Toksah Berbangga Ada Pakwe Kafir," PU Syed Suruh Yazmin Aziz Bertaubat

21-9-2022 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2975| Komen: 26

Pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed menegur tindakan penyanyi Yazmin Aziz menunjukkan aksi mesra dan berbangga memiliki kekasih berlainan agama.

PU Syed atau nama sebenar Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, berkata sebagai seorang Muslim, perbuatan Yazmin itu dilihat tidak wajar dan tidak seharusnya menjadi tontonan masyarakat.


Foto: IG

"Malaysia tidak pernah sunyi dengan melibatkan isu tentang orang yang dikenali. Terbaharu, saya dapat tahu tentang Yazmin yang menonjolkan kehidupan bersama kekasih bukan Islam.

"Ini satu perbuatan yang tidak patut dipertontonkan kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh fitnah ini," katanya.




PU Syed berkongsi pandangannya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, pendakwah bebas ini turut menasihati Yazmin agar sentiasa berpegang teguh pada landasan agama.



"Kalau kamu rasa nak bercinta dengan seorang bukan Islam, pastikan ia berlandaskan syariah. Pertamanya mestilah seorang Muslim.

"Kehidupan kita sebagai umat Islam ada landasan halal dan haram. Segala yang ditunjukkan di media sosial merupakan perbuatan maksiat seperti berpelukan dan berpakaian tidak senonoh.



"Ini semua tidak dibenarkan syarak dan ia boleh menjadi contoh yang buruk kepada masyarakat," jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, PU Syed meminta Yazmin bertaubat dan mengajak kekasihnya itu memeluk Islam terlebih dahulu serta segera bernikah.



Sebelum ini, Yazmin menerusi aplikasi TikTok memuat naik video menerangkan tentang agama yang dianut oleh kekasihnya itu.

Kata Yazmin, dia hairan apabila ramai yang tidak senang melihat hubungan cinta berbeza agama mereka.




Untuk rekod, Yazmin atau nama sebenar Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 21, sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak pasukan The Red Warrior, Nixon Guylherme. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 21-9-2022 04:41 PM
Bab kawan ko menyontot jantan2 muda ko ada komen x syed?
Quote jijilaaa 21-9-2022 04:45 PM
lah dia muslim ke? kuingatkan kristian....patotla netizen menyibuk pasal dia dgn bf dia...asal muslim je mmg tak leh buat silap sikit..netizen teropong sokmo
Quote kucingitam 21-9-2022 05:00 PM
pu tgk gambar yasmin pakai bikini ke tu...sibuk lak komen itu ini...
Quote orglama 21-9-2022 05:04 PM
princessmiang replied at 21-9-2022 04:41 PM
Bab kawan ko menyontot jantan2 muda ko ada komen x syed?

Yg ni diam menyepi seribu bahasa...takda komen pun
Quote mimiloma 21-9-2022 05:06 PM
Tak nak berbunyi ke pasal pu ke daie ke ustaz?
Quote red_velvet 21-9-2022 05:29 PM
Edited by red_velvet at 21-9-2022 05:34 PM

Pushit ni aku rasa suka bertenggek dekat rotikayap, beutifulnarok,, siakap keli semua n baca gosip retis.. geli ye lah. Semua retis ko nak mencapub.. dah macam topinasik, semua nak tumpang limelight .. ada masa pulak ko nak ambik tau n komen  pasal semua retis2 ni ... Org kalo sibuk berdakwah takde masa nak kaji salah silap retis sana sini... Kawan2 pu,daie ko buat hal ko diam tak berkutik. Takde pulak upload pic blur geng ko kat ig story  ---  " PU ini jangan bangga mengunyit"... Haaa .... Ape benda je keeja dia ni  lepas graduated dari rancangan pencetus yummah tu selain mengomen pasal artis je..pelik btolll
Quote Suchi 21-9-2022 05:41 PM
Apa komen piyu mengenai tubuh besfren? Hot tak sheols?
Quote Orix 21-9-2022 05:51 PM
byak betul masa piyuk piyuk ni duk baca gossip retis.
Quote Fly_over 21-9-2022 05:53 PM
Edited by Fly_over at 21-9-2022 05:55 PM

piyu mmg suka komen pasal retis kn. setad2 celebriti jd polis celebriti kekdahnya. kalau x komen pasal retis tak pulak masuk berita portal nanti..
Quote awanearisu 21-9-2022 06:13 PM
PU Syed ini mengapakah hantaran beliau kadangkala seperti kurang matang?
Quote awanearisu 21-9-2022 06:18 PM
Bila PU Syed pening

Screenshot_20220921_181547_com.brave.browser_edit_210518771365793.jpg

Screenshot_20220921_181644_com.brave.browser_edit_210564873141306.jpg
Quote lattehazelnut 21-9-2022 06:18 PM
Knp dia kata bf dia catholic bukan christian?
Bukan cabang christian jugak ke tu?
Quote umbut 21-9-2022 06:21 PM
Pu ni memang selalu stalk sapa yg mengata dia.. Jap lagi dia up ig
Stalk retis bukak cerita cepat dpt limelight
Ceramah pun ala2 mengumpat xda info cam uai pastu buat suara setaz
Bab geng2 senyap
Quote tukul 21-9-2022 06:51 PM
Pu ni mmg follow retis seksi2 ya.....rajin naw dia eh
Quote MsKathryn 21-9-2022 07:00 PM
Attention seeker punya PU
Quote umbut 21-9-2022 07:06 PM
awanearisu replied at 21-9-2022 06:18 PM
Bila PU Syed pening

Pu dah confuse
Quote Kentot_Wangi 21-9-2022 07:15 PM
Geng2 dy buat hal, xpnh plak ak tgk dy tegor. Klu btol2 nak tegor, tegorlah keseluruhan. Adil dlm menegur. Jgn pilih bulu. Nt mula lah kata aib plak. Huhu... Apa2 je lah toqq..
Quote arffa 21-9-2022 07:24 PM
Case PU amang seksual dah kupas belum?
Quote fazamania 21-9-2022 07:26 PM
PU syed..ko gi nasihat lah dekat influencer lebai mcm ko yg ada kes liwat budak remaja lelaki, perogol dan mcm2.. Jangan double standard la.. ????????

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.059162 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top