Pihak berkuasa hidupan liar Australia sedang menyiasat punca kematian 14 paus sperma yang ditemui terdampar di King Island, Tasmania pada petang Isnin.
Kumpulan Program Konservasi Marin Kebangsaan berada di pulau itu pada Selasa bagi mengendalikan proses nekropsi terhadap paus berkenaan. Foto yang didedahkan menunjukkan mamalia itu terdampar di air yang cetek dan berbatu. Pihak berkuasa juga merancang untuk melakukan tinjauan udara bagi menentukan sama ada masih terdapat ikan paus lain di kawasan itu.
Jabatan itu berkata ia bukan perkara luar biasa paus sperma dilihat di Tasmania. Malah, kawasan paus yang mati itu berada di habitat biasa mereka. Sumber: AWANI
|
Decaffeinated replied at 21-9-2022 12:14 PM
penat berenang kot
alieyrina replied at 21-9-2022 02:34 PM
Kesiannya..mesti woo young woo motor radar tomato tahu sebabnya
tri-max replied at 21-9-2022 02:59 PM
hahaha tak leh move ke sis
woo young woo dgn paus2nya
tak sabar tggu 2nd season
sukacactus replied at 21-9-2022 04:15 PM
Ada ke 2nd season
Hero pun dah masuk kem askar dah smlm
tri-max replied at 21-9-2022 04:49 PM
ntahlar, dok pung pang pung pang kat netflix group, katanya ada
"The new season is expected to ai ...
ADVERTISEMENT