CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Diculik, Dibunuh Kerana Curi Rantai Emas

21-9-2022 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 998| Komen: 1

Seorang remaja berusia 14 tahun diculik sebelum dibunuh di wilayah Chon Buri, Thailand kerana didakwa mencuri seutas rantai emas dan sejumlah wang tunai, lapor laman berita Thaiger kelmarin.


Tiga suspek ditahan kerana mempunyai kaitan dengan kes tersebut, manakala seorang lagi masih diburu.


Thaiger

Sabtu lalu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kraisiri ditemui di dalam garaj di rumahnya di daerah Bang Lamung dalam keadaan tangan diikat dengan tali serta mempunyai kesan lebam di seluruh badan.

Bapa saudara mangsa, Den Sintusa memberitahu polis bahawa dia ada mendengar bunyi bising di luar rumah kira-kira pukul 2 pagi (waktu tempatan).


Apabila memeriksa keadaan, dia melihat sekumpulan lelaki menyerang anak saudaranya dengan seorang daripada mereka mendakwa bahawa remaja berkenaan mencuri rantai emas seberat 15 gram dan wang tunai berjumlah 3,000 baht (RM370).

Mereka mendakwa menyerang mangsa bagi meminta kembali barangan yang dicuri selain ingin memberi pengajaran kepadanya.

Den berkata, kumpulan lelaki tersebut kemudian menculik Kraisiri dan memecut laju menggunakan sebuah motosikal roda tiga sambil menambah, dia tidak melaporkan insiden tersebut kepada polis kerana tahu mangsa mencuri rantai tersebut.

Jiran-jiran kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis selepas melihat pelaku-pelaku menghumban mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri di garaj rumahnya.

Suspek mengaku mereka menendang mangsa namun mendakwa tidak bermaksud untuk membunuhnya. Mereka turut memberitahu bahawa mangsa mengaku dia mencuri rantai dan wang tunai, namun tidak mendedahkan lokasi barangan itu disembunyikan.

Polis merampas motosikal roda tiga itu yang mempunyai kesan darah serta tali yang digunakan untuk mengikat mangsa. Peralatan untuk menagih dadah turut ditemui dalam kenderaan tersebut.

Menurut polis, Kraisiri masih hidup ketika dia dihumban ke dalam garaj, namun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami tidak lama selepas itu. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 21-9-2022 04:14 PM
Kesiannya .....

Emas thailand je pun....
Kat shopee byk jual

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.094005 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top