CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Hilang Lepas Hantar Gambar Kain Sarung Diikat Pada Kipas Siling

21-9-2022 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1730| Komen: 11

Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas disyaki cuba membunuh diri di sebuah rumah di Jalan Sulaman, Manggatal, Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, lelaki berusia 36 tahun terbabit dikatakan sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berserta gambar kepada tunangnya.


Bomba menemui kain tergantung pada kipas di sebuah rumah di Jalan Sulaman. FOTO ihsan JBPM

Panik dengan situasi berkenaan, tunangnya terus menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit menunjukkan gambar sehelai kain sarung yang diikat pada kipas siling rumah kepada tunangnya.


Katanya, wanita itu menerima beberapa lagi SMS yang memberikan bayangan seolah-olah mahu membunuh diri.

"Dia terus menghubungi bomba untuk meminta bantuan dan sebaik tiba, lelaki terbabit tiada di rumah berkenaan.

"Pihak bomba bagaimanapun menemui nota dan kain sarung yang terikat di kipas siling rumah terbabit," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, wanita itu kemudiannya membuat laporan susulan bagi meminta polis menjejaki tunangnya itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 21-9-2022 12:26 PM
innalillah moga di jumpai
Quote Highflyer19 21-9-2022 12:49 PM
Betul2 misteri...
Quote _blackbird 21-9-2022 12:57 PM
tak share pula apa mesej dlm nota tu.
Quote Gomea 21-9-2022 01:39 PM
Ade je tu kat mane2. Tgh menyorok lah tu
Quote kakikuDibibirmu 21-9-2022 01:40 PM
Menggatal tu yang tak menahan tu
Quote matchstick 21-9-2022 02:01 PM
astaga..ghaib terus. bomba pun tercengang

atau ini sekadar helah nk lari drpd bayar hutang
Quote RamonaFlower 21-9-2022 08:50 PM
kakikuDibibirmu: Menggatal tu yang tak menahan  ...

Hahahahah dulu masa i duduk sabah, tok i call tanya mana ayah i, i ckp ayah pergi menggatal. Terus menjerit nenek i. Mak i terpaksa explain bgtau tu nama tempat hahahahha
Quote sharlenetexas 21-9-2022 09:39 PM
Dah mati ke belum?
Tak jadi nak mati terus hilang?


Quote CiliPadiSedap 21-9-2022 09:42 PM
cara dia ikat kain kt kipas tu salah sebenarnya. tu ikatan simpul manak
Quote dani-rox 21-9-2022 09:56 PM
dia nak perhatian dan manipulasi jer tuh. kpd si tunang, kalau jantan tu ditemui masih selamat, ko mintak putus pastuh lari jauh2 dekk.
Quote Adrif 22-9-2022 01:30 AM
dulu2 sebelum beli tangga, aku tarik habuk kipas pun buat gitu

kadang2 pakai kain pelikat, kain batik lusuh
kadang2 ikat kain buruk, jadi bulat camtu, pastu tarik je habuk belakang kipas
maklum le, rumah style syiling tinggi. mane la kita sampai nak lapnya

ni sekarang dah ada tangga, lega aku manjat lap sampai berkilat-kilat

kalau tak jenuh orang report, bomba datang rempuh pintu aku bila nak lap kipas

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.058717 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top