CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Cari Lelaki Himpit Kereta Di Lampu Isyarat Sebelum Kejar-mengejar

21-9-2022 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1382| Komen: 4

Seorang lelaki bersama keluarganya berdepan detik cemas apabila secara tiba-tiba kenderaan dinaiki mereka dihalang sebuah kereta lain dari arah bertentangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras pada Ahad.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, risau diapa-apakan, mangsa mengundurkan kenderaan lalu memecut laju melarikan diri, namun suspek terus mengejarnya.


Video rakaman kamera papan pemuka dari kenderaan mangsa dimuat naik di media sosial, memaparkan sebuah kenderaan berwarna merah secara tiba-tiba menghalang kenderaan mangsa di sebuah lampu isyarat sebelum berlaku kejar mengejar. - Foto Facebook


"Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali lelaki yang cuba menghalang dan menakutkan secara jenayah.

"Suspek menghimpit dan mengejar kereta mangsa supaya berhenti hingga mendatangkan bahaya kepada keluarga mangsa. Tidak dapat dipastikan motif suspek terbabit," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Detik-detik cemas itu tular selepas video rakaman kamera papan pemuka dari kenderaan dinaiki mangsa dimuat naik seorang pengguna Facebook pada Isnin.

Video berdurasi tiga minit itu memaparkan sebuah kenderaan berwarna merah secara tiba-tiba menghalang mangsa dan keluarganya di sebuah lampu isyarat sebelum berlaku kejar-mengejar antara mereka.

Dalam pada itu, Mohd Zaid berkata, mangsa yang ketakutan terus memandu melarikan diri sehingga berjaya meninggal suspek di belakang.

Katanya, polis telah mengenal pasti suspek dan sedang mengesan lelaki terbabit untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh tampil ke mana-mana balai berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhammad Fudhail Zikri di taluan 01156566511,"ujar beliau. 


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 21-9-2022 11:53 AM
mana video?

Quote venom1 21-9-2022 11:55 AM
Road bully?
Quote bulalof 21-9-2022 12:17 PM
ah long???
Quote Highflyer19 21-9-2022 12:56 PM
Kes ahlong atau shooting gerak khas...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.032025 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top