CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Dipuji Lekat Makanan Dan Pelitup Muka Di Trak, Percuma Je Sesiap Boleh Ambil

21-9-2022 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 984| Komen: 3

BANGKOK – Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda di wilayah Chiang Rai, Thailand mendapat pujian pengguna TikTok kerana melekatkan pelbagai jenis makanan ringan dan pelitup muka pada badan trak miliknya untuk diambil oleh orang ramai secara percuma.


Menurut laman berita Thaiger, video yang memaparkan trak pikap berwarna putih itu dimuat naik Jumaat lalu oleh seorang pengguna TikTok.

“Anda amat baik hati. Chiang Rai hebat,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.


Foto: Tiktok

Dalam video itu, sejumlah makanan ringan dan pelitup muka dilekatkan  pada badan trak pikap tersebut beserta sehelai kertas yang bertulis: “Ambil secara percuma.”


Ketika trak berkenaan berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat,  kelihatan dua kanak-kanak lelaki pergi ke arah kenderaan itu dan mengambil beberapa makanan ringan. Mereka tidak lupa  mengucapkan terima kasih kepada pemandunya.

Video tersebut menjadi tular dengan pengguna media sosial Thailand memuji sikap pemurah  pemandu berkenaan.

“Idea yang sangat bernas. Saya rasa gembira menonton video ini,” kata seorang netizen.

“Kedua-dua pemandu dan penerima berasa gembira,” ujar seorang lagi pengguna media sosial. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 21-9-2022 01:14 PM
Demi content atau promosi jajan...
Quote pooh~key 21-9-2022 01:17 PM
Ada lekat kondom sekali dak sisthur?
Quote margo20 21-9-2022 02:13 PM
patutla ramai suka g sana

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.041971 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top