CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Nak Kaut Duit Sumbangan, Sanggup Letak Peluntur Dalam Makanan Sampai Anak Sakit Dan Mati

21-9-2022 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1443| Komen: 9

Seorang ibu tergamak meracuni anak-anaknya demi mendapatkan sumbangan derma menerusi media sosial.

Nattiwan Raakunjet dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah meracuni dua anaknya sehingga menyebabkan salah seorangnya maut.


Tindakannya itu sebagai usaha untuk meminta derma orang ramai di media sosial untuk rawatan perubatan mereka.


Foto: Daily Star

Wanita itu pada mulanya membawa anak lelakinya berusia empat tahun ke hospital selepas mengadu sakit perut dan muntah darah.

Dia mengatakan keadaan yang menimpa anaknya disebabkan alahan terhadap makanan laut.

Bagaimanapun, doktor yang merawat kanak-kanak itu mendapati mangsa mengalami jangkitan perut yang teruk, dan bukan reaksi alahan sebagaimana yang didakwa ibunya.

Doktor mendapati wanita itu sebenarnya meletakkan bahan peluntur dalam makanan anaknya selama dua tahun.


Foto: Daily Star

Selain itu, anak perempuan wanita itu meninggal dunia pada 2019, juga merupakan mangsa keracunan.

Rakkunjet dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah meracuni anak-anaknya dan menyiarkan gambar mereka di media sosial sebagai cara meminta sumbangan orang ramai.

Pakar perubatan di Hospital Universiti Thammasat diBangkok, Thailand, mendapati dua kanak-kanak itu mengalami pendarahan dalam saluran pencernaan, muntah darah dan radang perut. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 21-9-2022 11:40 AM
kenapa dia x kesian kat anak dia? kan anak dia. mmg mental dia ni..
Quote ashilalat 21-9-2022 12:33 PM
I Tanggang
Quote reen8601 21-9-2022 02:14 PM
mental ka mata duitan tak kisah anak jadi apa pon
Quote liyamariska 21-9-2022 02:42 PM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental dan hilang perikemanusiaan...
Quote shernazz 21-9-2022 02:43 PM
Ada kan mak sebegini
Kat us sana tu..
Siap cabut gigi anak.sebab nak.amek bantuan gomen sana
Quote Adrif 22-9-2022 02:12 AM
shernazz replied at 21-9-2022 02:43 PM
Ada kan mak sebegini
Kat us sana tu..
Siap cabut gigi anak.sebab nak.amek bantuan gomen sana

ngerinya.. kesian budak2 tu
Quote slyfynx 22-9-2022 04:55 AM
@CARI-MRO.... Bile bukak thread letak la tagging [DUNIA] ke, [TEMPATAN] ke.
TT lain elok je tajuk dah ade cmtu.
Quote shernazz 22-9-2022 02:30 PM
Adrif replied at 22-9-2022 02:12 AM
ngerinya.. kesian budak2 tu

Khen..mak dia sa ggup buat apa saja...
Demi tak nak.keje..n dptkan bantuan
Quote Artemesiaa 22-9-2022 04:37 PM
Buruknya perangai dan perbuatan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.077272 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top