KUALA KRAI: Pam minyak tradisional yang perlu dipusing menggunakan tangan untuk menyedut bahan api itu ke balang sebelum dimasukkan ke dalam tangki kereta atau motosikal menjadi salah satu daya tarikan pelancongan di Dabong walaupun sudah lama beroperasi.
Menariknya, perkhidmatan dikendalikan di dalam sebuah kedai kayu yang bersaiz agak kecil serta dilengkapi jendela untuk urusan jual beli petrol menjadi ‘lokasi’ wajib yang perlu disinggah oleh pelancong atau orang luar setiap kali berkunjung ke kawasan itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengusaha Pam Minyak, Suraya Abdullah, 40, berkata, sejak Dabong menjadi popular dalam kalangan pelancong luar, premisnya turut menerima tempias apabila orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat pam itu secara lebih dekat. Menurutnya, pelancong luar begitu teruja untuk melihat cara pengendalian pam tersebut yang disifatkan cukup klasik buat mereka khususnya generasi muda. “Kebanyakan mereka akan mengambil gambar dan merekodkan video untuk dimuat ke aplikasi sosial seperti TikTok. Kaedah mengisi petrol ini agak berbeza dengan stesen minyak kerana ia perlu dipam menggunakan tangan bagi menyedut petrol dari tong simpanan mengikut isipadu yang diinginkan. “Setelah itu, petrol berkenaan akan disalurkan ke tangki kereta atau motosikal dengan menggunakan paip getah,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Kemubu, Dabong. Suraya berkata, petrol yang dijual kepada pelanggan itu mengikut harga semasa sebagaimana dilaraskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Katanya, sebanyak 400 liter bekalan minyak sehari akan dihantar bagi menampung permintaan pengguna dan jumlah tersebut mencukupi. “Setiap hari, saya akan membuka kedai pam minyak ini bermula pukul 11 pagi sehingga ia habis dijual,” katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
shernazz replied at 20-9-2022 07:14 AM
Teringat.dolu
Kalau.gi.kat langat...mandi2.sungai kat sana...
Sure.nampak.kedai petrol jual.botol2.. ...
TabletSusu replied at 20-9-2022 03:18 PM
weolss dulu2 abah suka bawak mandi kat bukit belacan. heaven btul dulu2 klu dpt pi sana. maklumlah ...
eragon replied at 20-9-2022 02:24 PM
Berita2 macam ni boleh create persepsi awam yang kelantan ni negeri paling terkebelakang dalam malay ...
dua_chzy replied at 20-9-2022 03:25 PM
Kat Sabah, menda gini ko jumpa di area pedalaman hutan saja.
shernazz replied at 20-9-2022 03:14 PM
Teringat.dolu
Kalau.gi.kat langat...mandi2.sungai kat sana...
Sure.nampak.kedai petrol jual.botol2.. ...
JunkMail replied at 20-9-2022 09:02 PM
Masih ada kedai petrol jual dalam botol kat Langat tu. Aku pergi tahun lepas macam tak boleh brain ...
ADVERTISEMENT