CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Damian Mikhail Tegur Doktor Gelar Anak Najib Anjing

20-9-2022 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2267| Komen: 8

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai seorang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dikecam netizen ekoran keceluparannya melemparkan kata-kata kesat.


Kata-kata kesat itu dilontarkan kepada anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Nooryana Najwa atau Yana.

Doktor yang dipercayai bernama Azri Aizat itu menerusi akaun Twitter miliknya bukan sahaja menuduh Yana menipu berhubung rekod kesihatan bapanya, malah turut menggelarkannya sebagai ‘anjing’.

Foto: IG

Sementara itu, warganet hairan kerana berdasarkan menurut undang-undang, seorang pengamal perubatan tidak boleh mendedahkan butiran peribadi pesakit dirawatnya.


Salah seorang daripada mereka turut berkongsi salah satu misi KKM yang menekankan sikap penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan, sifat menghormati maruah insan dan penglibatan masyarakat.


Foto: via Murai.my

Di atas kejadian tersebut, Damian Mikhail yang merupakan selebriti Malaysia turut bersuara mengenai tindakan yang dilakukan oleh doktor tersebut.

Kongsinya di Instagram Story, Damian menyatakan bahawa tidak salah untuk membongkarkan kebenaran, tetapi seorang doktor sepatutnya bertutur dan berbicara dengan lebih profesional dan berhemah.

Tambah Damian lagi, niat yang ingin dilakukan oleh Doktor untuk membongkar penipuan anak najib ini solah-olah tidak kena pada tempatnya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 20-9-2022 02:01 PM
adoi doc pun sama macam danish pelakon tu. terkasar bahasa
Quote mesmerize 20-9-2022 02:06 PM
betulla tu damian cakap. bahasa kita melambangkan siapa diri kita sebenar.
kalau buruk bahasa kita, buruk la dalaman kita.
walaupun ko doktor.
apa salahnya cakap baik2 dan professional sesuai dengan jawatan anda.
Quote cek_yah 20-9-2022 02:26 PM
Sispa je...boleh kan
Quote kisahkeaku 20-9-2022 02:55 PM
ni doktor gen z ke ni??
tp betullah.kalau doktor pun yg jenis berpelajaran blh maki anjing mcmtu apatah lagi netizen di pesbuk dan twitterjaya.
kadang pelik kot ye x suka jgn laa sebut ayat yg x elok.bahasa jiwa bangsa.
Quote rosedemon 20-9-2022 06:42 PM
damian ni sume isu dia nak ulas dah macam kepris
Quote one_aiman 20-9-2022 08:38 PM
doktor zaman medsos ni lain nau..gila glemer macam banyak sangat masa..tapi claim busy semedang
Quote Suchi 20-9-2022 09:04 PM
Pakai spek tu ker doktor?mmg doktor ke staff kat lab tu?
Quote dudaberhias 20-9-2022 09:38 PM
who are yusssssss.... dah la tak herlokkk punnnn gigih ada orang cedok dari ig dia... eee next... kali ke thread haiwan peliharaan tak pun thread misteri paranormal...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.034872 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top