CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gerakkan Dakwah Dalam Dunia Siber, JAKIM Lancar Kempen Hentikan Fitnah Di Media Sosial

20-9-2022 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 926| Komen: 5


Dakwah dalam dunia siber perlu digerakkan dengan terancang dan dinamik kerana masyarakat hari ini tidak terpisah dengan teknologi komunikasi.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, masyarakat saling berperanan sebagai pendakwah dalam media sosial untuk menyebarkan fungsi komunikasi terkini khususnya mengelakkan unsur fitnah.


FB Idris

“Kita semua berperanan sebagai pendakwa yang perlu berada secara aktif dalam persekitaran dunia siber untuk membimbing masyarakat agar sentiasa mengutamakan dan mengamalkan nilai-nilai agama dan kehidupan.


“Seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera,” katanya ketika merasmikan Kempen Hentikan Fitnah di Media Sosial.

Kempen berkenaan menggunakan pelbagai platform media sosial dan pempengaruh seperti Ryan Bakery, Shuib Sepahtu dan Dai’e Adam.


FB Idris

Jelas beliau, kempen itu hasil daripada ideanya sendiri yang melihat media sosial sebagai medium penularan isu yang tidak pasti kesahihannya.

Beliau berkata, kempen tersebut mengajak masyarakat untuk kembali kepada ajaran agama dan nilai-nilai murni.

“Pertama hentikan berita-berita dan kandungan-kandungan berunsurkan fitnah. Kedua, semua pihak perlu tabbayyu atau menyelidik terlebih dahulu setiap berita yang diterima. Ini dua perkara penting. Kita perlu bertanggungjawab. Fitnah mesti dihentikan di semua platform kerana ia adalah satu dosa. Ini adalah kehendak agama kepada kita orang Islam.

“Sekarang sesiapa sahaja bebas menjadi wartawan. Mencari dan melaporkan berita. Tulis di Facebook dan media sosial sahaja. Kemudian viral. Lebih parah apabila etika kewartawanan tidak dipedulikan kerana mahu mensasikan sesuatu isu,” katanya.


Loading FB Post...

Menurut Idris, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak terkecuali daripada terlibat dengan isu-isu viral yang dikitar semula.

“Sebagai contoh, isu-isu berkaitan halal yang berlaku lima tahun dahulu dan telah diselesaikan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Tetapi dek kerana diviralkan semula akhirnya masyarakat jadi panik dan kecoh,” tambahnya.


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 20-9-2022 08:31 PM
Time lobai belum jd gomen, kempen bawah khemah sambil pitenah umngok boleh la pulak
Quote Minami2013 20-9-2022 11:25 PM
Masalah nya politikus pas ni dah berapa ramai kalah saman fitnah... [em:13:]
Quote stingerbumpy 20-9-2022 11:32 PM
Negara kapir tetangga kita dah bertahun dgn akta fake news mereka...kita negara islam contoh seantero dunia... baru nak start mapping blue print...?

Kahkahkahkahkahkahkajka
Quote ultra78 20-9-2022 11:32 PM
Alih-alih berdakwah suruh artis pakai tudung dan bantah konsert.
Quote Highflyer19 20-9-2022 11:47 PM
Sesetengah org suka benda yg negatif...susah nk kawal

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.126422 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top