Jaclyn Victor yang menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) mengakui berdepan dengan masalah gugup sebelum membuat persembahan sehingga membuatkan dia muntah.
"Mungkin ramai yang tidak tahu, saya mempunyai masalah gugup yang sangat teruk sehinggakan boleh muntah-muntah sebelum naik pentas," katanya. Jaclyn berkata, dia masih cuba mengawal rasa gugup supaya tidak keterlaluan tetapi belum dapat cara bagi menanganinya lagi. "Jadi, saya mengambil pendekatan untuk melihat program ini sebagai persembahan biasa dan bukan pertandingan," katanya.
Jaclyn berkata, dia juga takut akan jangkaan dan harapan peminat terhadap dirinya. Bagaimanapun, dia cuba untuk memberikan yang terbaik sepanjang berada di GV9.
|
cicicumel replied at 21-9-2022 05:13 PM
Agak2 msti ada week yg dia akan lupa lirik haha
wtvmjls replied at 22-9-2022 08:05 PM
iols suka sangat lagu jagalah diri
ADVERTISEMENT