Lelaki hilang pertimbangan apabila cuba membakar isterinya hidup-hidup angkara cemburu melihat mangsa asyik bermain telefon bimbit.
Dalam kejadian di Bogor, wilayah Jawa Barat itu, suspek sebagai K dilaporkan menyimbah minyak petrol ke dalam bilik tidur mereka. Difahamkan, suspek menyangka isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain kerana sering bermain telefon bimbit dengan wajah gembira, lalu membeli minyak petrol sebelum cuba membakar mangsa, SH. Setibanya di rumah, suspek menyimbah minyak petrol tersebut ke arah bilik tidur, tempat di mana isterinya berada ketika itu lalu menyalakan api.
Mangsa dilaporkan terbakar pada bahagian kaki kiri. Sementara itu, beberapa jiran suspek yang curiga dengan sikap lelaki terbabit bertindak pantas dengan menangkap dan menyerahkannya kepada polis. Menurut Ketua Polis Sukamakmur, Iptu Sutopo Pranolo, niat suspek mahu membakar isterinya dapat dihidu jiran tetangga yang curiga melihat dia membeli tiga botol petrol. “Mereka mendapat tahu suspek mahu menggunakan minyak petrol tersebut untuk membakar mangsa yang ketika itu berada dalam bilik tidurnya,” kata Iptu. Sumber: Kosmo
|
matbad replied at 20-9-2022 03:40 PM
byk loan tak??hihi
shernazz replied at 20-9-2022 05:23 PM
Bini2 dalam forum pung ramai tengok forum sambil gelak n senyum kan..
Mujur la.tak.mcm.indon...
asfaz replied at 20-9-2022 05:55 PM
kan..kekadang ketawa bila baca Komen2 dlm forum mujur tak kena bakar.
jazaa100 replied at 20-9-2022 03:44 PM
Banyak le tu....
Dah nk pencen pun masih menyewa.....
she replied at 20-9-2022 02:48 PM
Menyampah betul macik
Dah beria nak membako
Tapi sekerat jalan aje apinya
shernazz replied at 20-9-2022 05:23 PM
Bini2 dalam forum pung ramai tengok forum sambil gelak n senyum kan..
Mujur la.tak.mcm.indon...
green~tea replied at 21-9-2022 01:01 AM
Patut dia beli sebotol je kan, baru la orang tak saspek... iols rasa sebotol pun dah cukup utk kas ...
ADVERTISEMENT