CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Puas Hati Pindah Kelas, Guru Letak Cecair Peluntur Dalam Makanan Murid

20-9-2022 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1623| Komen: 17

Akibat kecewa ditukarkan mengajar ke kelas lain, seorang guru wanita di wilayah Saitama, Jepun hilang pertimbangan apabila sanggup meletakkan cecair peluntur dalam makanan tengah hari muridnya.


Seorang guru tergamak mencampur cecair peluntur dalam makanan tengah hari muridnya hanya kerana kecewa ditukarkan mengajar ke kelas lain.


Foto: Nippon.com

Menurut laporan Kyodo News yang dipetik Sinar Harian, polis berkata, guru wanita terbabit di wilayah Saitama, Jepun itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan sekitar jam 11.30 pagi (waktu tempatan) di Sekolah Rendah Mizutani-Higashi pada Khamis lalu.

Tambah laporan itu, beberapa murid menyedari bau aneh yang datang daripada hidangan kari mereka sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada guru lain.

"Tiada murid yang menjamah kari tersebut dan ia telah dihantar ke makmal untuk analisis.

"Hasilnya mendapati hidangan itu mengandungi peluntur klorin," kata polis.

Difahamkan, Hanzawa mengajar di sekolah itu sejak 2020 dan kecewa apabila diarah menjadi guru kelas lain pada April lalu biar pun sebelum ini dia berkeras mahu kekal dengan kelas lamanya.

Menurut pegawai sekolah yang enggan namanya disiarkan, kari yang dicemari cecair peluntur itu bertujuan untuk dihidangkan kepada murid di kelas baharu guru wanita berusia 24 tahun tersebut. 


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eetodee 20-9-2022 11:52 AM
perghhh. merata rata orang gila sekarang. Nasib baik bebudak tu pandai, bau pelik makanan tu report terus.
Quote zarulnazmi 20-9-2022 02:22 PM
nasib baik pelajar tu terhidu bau lain. kalau semua termakan lepas tu mati memang terus jadi kes bunuh.
Quote Rockafella 20-9-2022 03:57 PM
@eetodee @zarulnazmi

Pelajar di Jepun ni pada fasa didikan awal ada ajar tentang bab penyediaan makanan kalau tak silap. Sebab tu diorang peka dan pantas bertindak.
Quote buragazz 20-9-2022 04:06 PM
Serious ar Jepun.. bukan terpaling ker..
Quote epullipan 20-9-2022 04:44 PM
mesti stress gila cikgu tu
Quote kaoru44 20-9-2022 05:23 PM
Nasib bdk2 tu cerdik..
Quote Thunderclouds 20-9-2022 06:41 PM
Marahkn nyamuk kelambu dibakar
Quote shernazz 20-9-2022 06:42 PM
Bau clorox mmg.la kuat..
Busuk.plak tu...
Quote star_karat 20-9-2022 06:43 PM
Oh jepun makan kari ek?
Quote gideoncross 20-9-2022 06:59 PM
zarulnazmi replied at 20-9-2022 02:22 PM
nasib baik pelajar tu terhidu bau lain. kalau semua termakan lepas tu mati memang terus jadi kes bun ...

Btul tu, x psl2 nnti rmai plak yg khilangan nywa.
Quote gideoncross 20-9-2022 06:59 PM

Dorg mmg dh lama mkn kari tpi dorg msak more into Japanese style lh.
Quote TomyamPuteh 20-9-2022 07:33 PM
Kt jepun. Ingtkn kt Sarawak. Klau sarawak aku tepikir@chazey je.
Quote Highflyer19 21-9-2022 01:17 AM
Cikgu tu kena pindah daerah atau negara lps ni…
Quote dua_chzy 21-9-2022 01:19 AM
Rockafella replied at 20-9-2022 07:57 AM
@eetodee @zarulnazmi

Pelajar di Jepun ni pada fasa didikan awal ada ajar tentang bab penyediaan mak ...

Patutnya kita adopt silibus Jepun zaman Tun Det dasar pandang ke Timoq. Bukan adopt silibus kokesen...
Quote dua_chzy 21-9-2022 01:19 AM
Edited by dua_chzy at 20-9-2022 05:20 PM
TomyamPuteh replied at 20-9-2022 11:33 AM
Kt jepun. Ingtkn kt Sarawak. Klau sarawak aku tepikir@chazey je.


Acik, sila mantapkan ilmu Geografi. Saya tak dok Sarawak acikkkkk tahun bila baru korang reti beda Sabah Sarawak ini ibarat Kelantan Terengganu tak reti korang bedakan haaaa dah lebih 10 tahun aiol berforum tiap tahun mesti hadap komen beginiiiiihhhhhhh
Quote Rockafella 21-9-2022 10:37 AM
dua_chzy replied at 21-9-2022 01:19 AM
Patutnya kita adopt silibus Jepun zaman Tun Det dasar pandang ke Timoq. Bukan adopt silibus kokese ...

Patutnya begitu. Tetapi disebabkan pemimpin kerap bertukar, maka dasar pun turut bertukar menyebabkan perkara itu dilihat tidak lagi menjadi keutamaan. Banyak perkara asas kita dilangkau sebab nak seiring dengan kemajuan. Hari ni mungkin belum nampak akibatnya, di kemudian hari sesudahnya kita tiada, GEN baru akan terkesan teruk.
Quote marla69 21-9-2022 10:42 AM
dua_chzy replied at 21-9-2022 01:19 AM
Acik, sila mantapkan ilmu Geografi. Saya tak dok Sarawak acikkkkk tahun bila baru korang reti beda ...

Jangan marah bah.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.196172 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top