CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

BBNU Malaysia Kerja Di Singapura Suka Sangat Tayang Gaji Di TikTok

20-9-2022 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4845| Komen: 68

Masyuk!

Begitulah keterujaan yang diluahkan warganet terhadap rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.


Kebanyakan mereka sanggup bangun seawal pukul 3 pagi, pulang lewat malam dan menghadap kesesakan lalu lintas kerana gaji lumayan - Dolar Singapura (SGD), berkali ganda mahal dari Ringgit Malaysia (RM).


Foto: mStar

Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia Singapura (LinKedua) sudah menjadi kebiasaan buat mereka yang mencari rezeki demi menampung keperluan diri dan keluarga.

Golongan yang berulang-alik antara dua negara saban hari untuk mencari rezeki ini digelar Run SGD.


Namun, apa yang tidak sedapnya apabila segelintir Run SGD bangga 'menayang' gaji di media sosial, sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia yang bekerja dalam negara.

"Run SGD, berhentilah buat video kat TikTok cerita pasal gaji kau berapa kerja di SG (Singapura). Gaji kita biar bini dan pejabat zakat saja yang tahu," tulis seorang lelaki di grup Facebook berkaitan dengan rakyat Malaysia yang bekerja di Republik itu.

Tanpa mengira jenis pekerjaan, ada Run SGD yang berkongsi gaji bulanan dari SGD1,500 (RM4,841) dan sekitar SGD3,000 (RM9,685) serta SGD3,500 (RM11,299) di aplikasi popular itu.


Foto: mStar

Bagaimanapun ada yang mendakwa hanya anak muda Malaysia terutama Generasi Z (Gen Z) yang bekerja di Singapura sahaja yang suka menayang gaji mereka di media sosial.

"Budak-budak BBNU (Budak Baru Nak Up) memang macam tu. Kebulur nak tayang slip gaji.

"Budak-budak yang pertama kali masuk dan kerja SG je yang dok menunjuk sangat.

"Biasa la tu, baru merasa SGD.

"Orang kerja 10 tahun kat SG tak ada yang nak up macam tu. Ni jenis budak baru nak up kerja SG. Jangan nak menunjuk sangat. Orang cari rezeki, bukan cari dosa," antara komen netizen.


Foto: mStar

Malah, ada yang berpandangan tindakan menunjukkan gaji lumayan itu tidak menonjolkan realiti sebenar mereka yang terpaksa bersusah-payah masuk ke negara jiran untuk bekerja.

"Memang kena stop semua ni sebab benda tu semua orang pandang kerja SG ni gaji besar dolar. Tapi orang tak tahu apa yang kena hadap setiap hari.

"Sepatutnya bukan buat video gaji kau berapa, tapi buat video perjuangan sebenar Run SGD yang setiap hari lalui benda yang sama. Tu lebih baik daripada nak tunjuk gaji kau lebih baik. Kau tunjuk realiti sebenar Run SGD, jangan tunjuk yang manis je," katanya.

Tidak terkecuali ada yang menyifatkan perkongsian gaji bekerja di Singapura itu bukan satu masalah besar jika dibandingkan dengan pengorbanan mereka mencari rezeki di negara jiran.

Malah ada yang berpendapat ia sebagai galakan kepada anak-anak muda untuk berusaha menjana pendapatan demi kehidupan yang lebih baik.

"Okaylah dia nak kongsi kegembiraan bila dapat gaji. Mungkin dia rasa berbaloi dengan korbankan masa menempuh jam (kesesakan) pergi balik.

"Biarlah depa nak bakar semangat kawan-kawan cari rezeki. Aku pun apply kerja SG sebab ada kawan ajak. Kalau tak, dok leka begitu je dalam zon selesa," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 20-9-2022 11:31 AM
Dulu tayang gaji keje grabfood sekarang tayang gaji keje spore.. Pasni keje apa pulak.. Mcm2 hal bbnu ni..


Muda2 boleh la lenjan tenaga muda.. Kumpul duit banyak2 nanti dah tua boleh rehat.
Quote auntieagony 20-9-2022 11:31 AM
Apesallah suka nak menunjuk2 ni?

Kalau nak beri motivasi pun, perlu ker nak tayang gaji? Boleh menjurus kpd riak. Na'uzubillah.

Tak nak tayang ker bagaimana cabaran2 yg dihadapi utk dptkan gaji tu?
Quote dodolgemok 20-9-2022 11:32 AM
Kerja dekat singapork kerajaan papig cina komunis selet, balik tanah ayer melalak hidup ketuatnan meleis, cina dapig balik tongsan.
Quote kisahkeaku 20-9-2022 11:36 AM
gaji besar nak up,ngadap jem nak komplen.
org keje lebih 10 tahun pun x poyo camni.
Quote Skuau 20-9-2022 11:39 AM
dodolgemok replied at 20-9-2022 11:32 AM
Kerja dekat singapork kerajaan papig cina komunis selet, balik tanah ayer melalak hidup ketuatnan me ...

itu yg peliknya dol..yg mainland pon ramai duk Msia x nk balik..walhal kulu kilir..yg lama tu kata ditindas ketuanan mulayu...
Quote CiliPadiSedap 20-9-2022 11:52 AM
gaji kerja singapore akan jadi murah bila selesai traffic jem. sebab supply lebih demand. kaka rasa lah. we wait and see in future.

Quote pocongkiutss 20-9-2022 11:54 AM
BBNU..ada hari yg sehari je tahan keje Singapore..pastu resign yach

Ko ingat senang nak berulang tiap2 hari dgn jemnya tu
Quote airmineral 20-9-2022 12:02 PM
da tyg tu jgn lupa zakat dgn tax
Quote kakikuDibibirmu 20-9-2022 12:10 PM
Tazzabar nak tunggu HSR siap, bolehlah akak melacur dengan Kumar dan masak apa? Masak mystyle, oh wowwww....
Quote asamfish 20-9-2022 12:13 PM
alaaa...biar lah......setiap org lain citarasa.....yang tak menunjuk gaji, tapi tunjuk gelang sampai ke siku....yang tak tunjuk gaji, tapi tunjuk sipi2 logo  stering kereta, yang tak tunjuk gaji tapi tunjuk pemandangan dari tingkat ofis.....zaman socmed ni, mcm2 gaya....nanti2 bila dorang dah matang, dorang tak tunjuk la, mungkin masa tu tunjuk sejadah or tunjuk selipar kat tangga masjid pulak....
Quote cmf_premierleag 20-9-2022 12:33 PM
Edited by cmf_premierleag at 20-9-2022 12:34 PM

Biarlah diorg nk tayang gaji in SGD..yg ko babi sgt sakit hati dah kenapa
Kalo ko dengki,ko pun pegi la cari job kt spore sana..ke sbb english kau hauk, sbb tu ko takut nk apply job kt sana
Netizen bodohhhh
Quote cmf_premierleag 20-9-2022 12:36 PM
Kwn2 skolah akak ramai jah keje kt obersi..in fact ms kat UK dulu ada yg x balik sini pun
Tp to me lantak la memasing nk keje kat mana, nk earn in GBP USD AED SGD HKD sume tu pun
Asalkan depa keje
Bukan membiawakkkkkk mcm biawak jantan mat pet asal kelantan makan hasil bini
Quote krustykrab 20-9-2022 12:36 PM
Take pe lah janji jgn pi keje kat myanmar, alih² merempan kt gomen suruh tolong bawak balik
Quote krustykrab 20-9-2022 12:38 PM
asamfish replied at 20-9-2022 12:13 PM
alaaa...biar lah......setiap org lain citarasa.....yang tak menunjuk gaji, tapi tunjuk gelang sampai ...

Done terawih
Done tahajud
Done taubat

Ha gitewww bila dh tua nak mampos nnt

Quote stingerbumpy 20-9-2022 12:41 PM
auntieagony replied at 20-9-2022 11:31 AM
Apesallah suka nak menunjuk2 ni?

Kalau nak beri motivasi pun, perlu ker nak tayang gaji? Boleh menj ...

Ini bukan soal nak meriak tapi lebih pada solidarity dlm melaungkheun pada kerajaan kita" haruskeww kami terus berkeadaan begini sedangkheun negara kami yg kaya dgn hasil bumi minyak segalanya tidak dapat beri kami keselesaan dalam mencari rezeki, bersesuaian dgn keadaan keperluan serta kelangsungan hidup seharian anak bini kami?
Quote midori888 20-9-2022 12:44 PM
budak2 baru kerja, biasalah excited lebih...biarkan jerlah...

kwn adik ada sorang dpt kerja kat Spore lps grad. Rezeki dia.
Quote black_handbag 20-9-2022 12:46 PM
mmgla kerja rendah tp gaji tinggi klu dah namanya keje di singapura. tp tengok pulak pkl berapa dah kena bgn nak hadap jem tu. kita dok tido lg pkl 3am diorang dah q panjang dah kat jambatan nak pegi spore. kita pulak lps keje kopi2 maghrib dah sampai rumah. yg puak tu pkl 11malam 12 mlm baru sampai rumah. tido 3 jam je. takde life. nak ke hidup begitu? muda2 takpela.. klu ada anak bini, life takde stress dah pasti.

tahla, klu i i cari keje yg work life balance. bukan keje mcm babi wpun gaji byk. kita hidup ni bukan utk duit semata. kena ada masa utk ibadah, utk diri, utk anak. gitu i membebel
Quote kemaruk 20-9-2022 01:15 PM
gaji tinggi tapi kerja macam bangla, tinggal menyempit dalam bilik kongsi 4 orang macam indon, makan bercatu macam myanmar tak guna gak

sama je macam member bangkem yang kerja kat london nun

kunun2 gaji 6 kali duit malaysia.. wow bangga giler post gambar dekat big ben, kat stadium bola arsenal, tottenham, chelsea (tapi kat luar je), pastu cakap metro kat london jauh lebih baik dari kat KL etc etc..

ujung2 kantoi tinggal dekat pondok usang di outskirt london, kerja dekat ladang.. terkantoi oleh member bangkem lain yang kebetulan pergi ke london aritu
Quote acikhan 20-9-2022 01:36 PM
ade member kilang laki haku dpt keje kat Singapore tp duk kat jaybee kene ulang alik selama 4 taun, die kata gaji mmg besar la tp time utk family terhad + ank2 Makin membesar cuma tu la jaybee bando Mahal ngan ank 3 org nk sekolah umo da 44@45 cm tu... end up awal taun Ritu balik ke kilang asal minta keje balik sbb die kata da x larat nk ulang alik drive Naik motor..... jd keje la balik n duduk semban cm biasa

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.049920 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top