CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenali Gautam Adani, Manusia Ketiga Terkaya Di Dunia

20-9-2022 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1861| Komen: 9

NEW DELHI  – Bilionair India, Gautam Adani mengatasi pengasas laman peruncitan Amazon, Jeff Bezos untuk muncul sebagai manusia ketiga paling kaya di dunia setakat kelmarin, lapor laman berita United Press International.


Adani merupakan  pengasas konglomerat  multinasional,  Adani Group yang memiliki pelaburan dalam industri perlombongan arang batu, pusat data dan tenaga boleh diperbaharui. Beliau berada pada kedudukan nombor 14  dalam Indeks Bilionair  Bloomberg awal tahun ini tetapi kekayaannya kemudian melonjak kepada AS$152.1 bilion (RM691.3 bilion). 


Foto: AFP

Peningkatan itu membolehkan Adani mengatasi Bezos untuk berada di tempat ketiga dengan lebihan harta  AS$5.2 juta (RM23.6 juta). Beliau kini berada di belakang taikun fesyen Perancis, Bernard Arnault mengekori manusia terkaya di dunia, Elon Musk yang masing-masing memiliki kekayaan mencecah AS$155.2 bilion (RM705.4 bilion) dan AS$273.2 bilion (RM1.2 trilion).


Kedudukan teratas ranking masa sebenar bilionair Forbes itu  berubah dengan ketara pada Jumaat lepas dengan Adani mengatasi Arnault  dan menduduki tempat kedua untuk seketika sebelum jatuh semula kepada nombor tiga menjelang malam hari yang sama.

Pada Februari lalu, Adani mengetepikan bilionair India,  Mukesh Ambani untuk menjadi orang paling kaya di Asia dan kemudian bergelar sebagai centibillionaire  pada April 2022 sekali gus tergolong  dalam kalangan antara manusia terkaya dunia.Terma centibillionaire merujuk kepada individu dengan nilai  kekayaan lebih AS$100 bilion (RM454.5 bilion).

Adani, 60, memasuki industri berlian Mumbai dalam tahun 1980-an selepas berhenti daripada kolej. Beliau kemudian mengalihkan tumpuan kepada industri arang batu dan pelabuhan sambil mengembangkan konglomeratnya untuk berada pada tahap sekarang selepas bertahun-tahun.

Kekayaan Adani meningkat lebih dua kali ganda sejak awal tahun ini apabila harga tenaga melonjak,  manakala Adani membuat pelaburan besar dalam tenaga boleh diperbaharui di tengah-tengah desakan Perdana Menteri,  Narendra Modi untuk menjadikan India sebagai hab bahan api baharu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 20-9-2022 11:10 AM
  gautam adani ni kroni pm india.  meroket lah jawabnya.
Quote BlackOpium 20-9-2022 12:47 PM
Yang kaya makin kaya...
Quote she 20-9-2022 12:58 PM
Macik tengok dokumentari pasal dia dan adiknya
Banyak benda kita boleh pelajari

Abang - old fashion, tenang, opportunist
Adik - poya2, kejar arus semasa, boros, emosi dalam business

Kalau dulu adiknya yang bina telco terlaju di India
Tapi bankrap sebab kedekut nak update teknologi
Abangnya santai aje buat telco baru
Quote kemaruk 20-9-2022 01:08 PM
kebangga leluhur   
Quote syamzana 20-9-2022 01:57 PM
kayanyer pakcik, guling2 atas pitih je la anak branak
Quote Decaffeinated 20-9-2022 03:15 PM
Terma centibillionaire merujuk kepada individu dengan nilai  kekayaan lebih AS$100 bilion
siapa yg start this term? Macam salah ja. 'Centi' makna 'bahagi seratus' bukan 'seratus'. 1 centimeter = 1/100th of a meter

Centi is a unit prefix in the metric system denoting a factor of one hundredth.


Quote kakikuDibibirmu 20-9-2022 03:29 PM
Siapa Arnault? Sumpah akak tak kenal Arnault

[youtube]Gjp_DodXT-g[/youtube]
Quote rosedemon 20-9-2022 06:28 PM
okay. dah kenal
Quote Highflyer19 20-9-2022 11:52 PM
Patutvtolong all those poor indians yg hidup merempatvtepi2 jln...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.035146 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top