Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi pengalamannya melakukan pertemuan empat mata bersama anak-anak punk di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Ebit meluahkan rasa sebak apabila berjumpa dengan dua orang anak punk yang penuh bertatu serta kelihatan ganas. Tidak hanya itu, Ebit turut berkongsi momen sewaktu pertemuan tersebut untuk tatapan umum.
“Sebak sayu rasa jumpa dua orang anak punk ini di Jakarta. Tatu penuh sampai mata putih pun bertatu. “Mula-mula tengok rasa terkejut. Nampak ganas di jalan,” tulisnya di laman sosial. Menurut Ebit, dia tidak menyangka pemuda berwajah ganas itu menangis ketika dia berbual dan berkongsi nasihat. Difahamkan mereka berdua hidup gelangangan di bawah jambatan di kawasan sekitar. Malah, Ebit turut mengajak mereka balik ke rumah kebajikannya, rumah kasih umat di Jakarta. Jelas Ebit lagi, anak-anak punk itu turut mengaku bahawa kali terakhir mereka menunaikan solat ialah semasa masih kanak-kanak. Sementara itu di ruangan komen, usaha tersebut mendapat reaksi yang positif daripada wargamaya yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang dihulurkan. Sumber: Gempak
|
KamikuP replied at 20-9-2022 03:58 PM
Masa dia tadah muka buat tatoo tu apa yg dia fikir dlm kepala hotak dia tu?
ADVERTISEMENT