CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ambulans Tiada, Jenazah Diusung Pakai Kain Pelekat

20-9-2022 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 649| Komen: 0

Tular video memaparkan penduduk Polewali Mandar di wilayah Sulawesi Barat mengusung jenazah menggunakan kain pelekat sejauh 3 kilometer.


Detik News semalam melaporkan, kelihatan sekumpulan lelaki mengusung jenazah menggunakan kain pelekat yang digantung pada batang buluh.

Dalam video itu, mereka melalui sebatang jalan raya dipenuhi kenderaan yang lalu-lalang.


Foto: Istimewa

Turut kedengaran suara seorang wanita meluahkan kekesalan lantaran pihak pusat kesihatan masyarakat yang dikatakan tidak memberi perhatian terhadap kes tersebut.


“Si mati meninggal dunia namun tiada ambulans yang boleh membawa jenazah. Pusat kesihatan Campalagian tidak menguruskannya dengan baik. 

“Walau berapa pun harga sewa ambulans, kami boleh bayar, namun tiada ambulans disediakan,” kata wanita berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pusat Kesihatan Masyarakat Campalagian, Ramlah berkata, ketika itu, ambulans yang berada di pusat kesihatan tersebut sedang digunakan untuk pesakit lain.

“Ahli keluarganya mahu jenazah dihantar menggunakan ambulans, namun pusat kesihatan cuma ada sebuah ambulans yang telah pun digunakan untuk membawa pesakit lain.

“Kami juga sudah berusaha agar ambulans lain dapat digunakan untuk menghantar jenazah. Saya meminta keluarganya bersabar dan menanti ambulans yang digunakan itu kembali ke pusat kesihatan,” katanya.


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.031592 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top