CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Kes Tular Salah Faham Dera Anjing

20-9-2022 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1125| Komen: 5

Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian tular membabitkan perselisihan faham mengenai penderaan anjing di Bandar Teknologi, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, laporan pertama diterima pihaknya daripada seorang wanita pada jam 11.30 malam Jumaat lalu.


Harian Metro

Menurutnya, wanita terbabit melihat perbuatan lelaki melastik anjing liar yang berada di kawasan hadapan rumahnya dan menegurnya.

"Kemudian, suami wanita terbabit ke rumah lelaki itu untuk menegur dan menasihatinya supaya tidak melakukan perbuatan mendera atau khianat ke atas haiwan menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.


"Oleh kerana tidak puas hati wanita terbabit membuat satu laporan polis dan menularkan video yang berkaitan kejadian ini di Facebook," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Zaid berkata, laporan polis kedua pula membabitkan satu video yang turut ditularkan, yang mana pada jam 8.55 malam kelmarin, seorang lelaki pergi ke sebuah rumah di Bandar Teknologi Kajang bagi tujuan menasihati jiran supaya tidak menganiaya mahupun mendera haiwan termasuk anjing di dalam kejadian itu.

"Di dalam video itu memaparkan sekumpulan lelaki mendekati pengadu yang ketika itu memberikan nasihat berkenaan layanan baik terhadap haiwan dan tidak melakukan penganiayaan yang bukan saja salah daripada sudut agama, tetapi juga undang-undang.

"Kemudian tiba-tiba keadaan menjadi tidak terkawal apabila berlaku kekecohan dan pengadu dicekak di leher baju oleh salah seorang lelaki lain yang tidak puas hati dengannya," katanya.

Beliau berkata, pengadu berasa terancam dengan perbuatan lelaki terbabit dan terus membuat laporan polis demi keselamatan diri seandainya ada perkara tidak diingini berlaku.

"Dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan / 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tiga tahun penjara atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

"Manakala untuk kes kedua disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan / 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 jika disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau pegawai penyiasat kes Inspektor Muhamad Ali Hamzah di talian 019-8660324 bagi membantu siasatan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-9-2022 11:04 AM
Pasal anjing pon nak gadoh.. ha gadoh lah
Quote abas8888 20-9-2022 01:06 PM
masalah anjing ni report kat majlis je...tanggungjawab depa..depa ada unit tangkapan..takyah buang masa lastik ke kejor anjing ke...menyusahkan diri je...
Quote n3ar 21-9-2022 08:49 AM
abas8888 replied at 20-9-2022 01:06 PM
masalah anjing ni report kat majlis je...tanggungjawab depa..depa ada unit tangkapan..takyah buang m ...

lepastu jadi antara 3 jer;

1. majlis perbandaran buat bodo takde tindakan

2. dorang datang tengok2 jer pastu cakap selesai

3. dorang tangkap anjing tu dan tidurkan. ni pulak jd isu kt geng pencinta haiwan cakap kejam la, anjing tu tak kacau orang la..


aku pernah buat aduan pasal anjing liar kt kawasan perumahan ni, dah la ada klinik ibu dan anak kat situ...anjing liar lak 3,4 ekor duk berkeliaran kadang2 dlm kumpulan.. majlis perbandaran tu jawab lepas beberapa minggu, dorang dah datang kawasan tu dan tiada anjing kelihatan.. isu selesai..


h#ram j#dah


Quote NazRysha 21-9-2022 08:54 AM
Korang, nak tanya ni
Ada pasangan cina ni dia ikat anjing dia 2 ekor belakang rumah
Dah la musim2 hujan mcm ni
Dah agak lama dia ikat
Tak pernah dia lepaskan pun
Bukan anjing garang ke apa
Anjing biasa ja
Kalau kes mcm ni nak report dekat siapa eh?
Ada sesiapa tahu tak
Quote Highflyer19 21-9-2022 10:27 AM
Hanya kerana anjing liar...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.068640 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top