CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Anak Dibawa Pergi Kerja- Suami Tumbuk Muka, Tendang Pinggang Isteri

20-9-2022 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3779| Komen: 44

Sungai Petani: Niat seorang ibu mengajak anak sulung mencari pendapatan dengan bekerja di kedai haiwan peliharaan bertukar menjadi tragedi apabila mukanya ditumbuk dan pinggang ditendang suami ketika berada di rumah mereka di Sungai Lalang, Bedong, Sabtu lalu.


Dalam kejadian pada 11 malam itu, wanita malang terbabit berusia 37 tahun itu pada mulanya bertengkar dengan suami yang berusia 39 tahun selepas lelaki itu mengetahui anak mereka mahu mengikutnya bekerja secara sambilan.

Menurut sumber, suami enggan membenarkan anak lelaki mereka yang berusia 17 tahun itu mengikut isteri bekerja tanpa sebarang alasan sebelum berlaku kekecohan dan pertengkaran antara pasangan terbabit.


Gambar Hiasan


"Ketika bertengkar, suami wanita terbabit tidak dapat mengawal kemarahan dan dia secara tiba-tiba bertindak luar dugaan apabila menampar muka dan menendang pinggang isterinya.

"Wanita terbabit hanya mampu merintih menahan sakit sambil dilihat empat anaknya dan dia yang sudah tidak tahan dengan kelakuan suami membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya.

Sumber berkata, susulan daripada laporan dibuat mangsa, polis menahan suspek yang ketika itu berada di rumah kira-kira jam 5 petang semalam.

"Hasil siasatan lanjut, isterinya mendakwa suspek memang seorang yang agak panas baran selain gemar minum air ketum dan kerap memanggilnya dengan panggilan pelacur.

"Selain itu, ini juga adalah kali ketiga wanita berkenaan membuat laporan polis selepas menjadi mangsa pukul namun dia menarik kembali laporan sebelum ini kerana kasihan selain mendakwa mahu memberi peluang untuk lelaki itu berubah," katanya.

Sumber berkata, bagaimanapun lelaki terbabit langsung tidak menghargai pengorbanan isterinya itu dan dia tetap dengan perangai lama yang mudah naik angin dan gemar memukul mangsa tanpa sebab.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan juga penahanan suspek.

"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 20-9-2022 09:55 AM
jgn tarik balik report.
Quote pooh~key 20-9-2022 09:58 AM
Selayaknyalah kan kena dera sebab bodoh dek. No kesian2 from me dek.

Dah 3 kali buat report rupanya dek. Apa lagi yang kau suka tarik selain tarik report dek? Tarik konek suami ke dek?
Quote prettyuglybabe 20-9-2022 09:59 AM
nak ajar anak jadi biawak macam dia ke?
Quote imanjannah 20-9-2022 10:00 AM
takkan nak tunggu sampai mati kak oii
Quote venom1 20-9-2022 10:03 AM
harap acik polis dapat bagi hadiah setapak dua kasut kat muka laki dia ni
Quote cmf_premierleag 20-9-2022 10:04 AM
Oh suka minum air ketum rupanya
Quote BeskotCekelat 20-9-2022 10:10 AM
Minum ketum boleh jadi aggresive ke?
Ingatkan jadi rileks2 macam Bani Tenang..
Quote naina 20-9-2022 10:15 AM
Ni ketum campuran kot takpun pil kuda. Dah sifatnya dia memang baran nak salahkan ketum. Patut ketum tu buat ko kuat cari kerja. Terus ceria jelah tak bagus untuk pembesaran anak2
Quote Kurex 20-9-2022 10:24 AM
kau bodoh la pompuan. ni asal berlaki je kau kan. memang bodoh. takde langsung rasa simpati walau sebezar zarah utk kau!
Quote syaz_lina 20-9-2022 10:27 AM
dah report 3 kali, stil  stay tunggu lelaki baran ni? yg polis siasat tak abis2, nak tunggu kena belasah sampai mati baru nak tahan hjantan keparat tu?? eh berapi aku baca news camni
Quote sangbara2020 20-9-2022 10:30 AM
move on je la kak
ko seksa anak sengsara..
Quote ezacbee 20-9-2022 10:35 AM
Ingatkan anak kecik yg bekerja tu rupanya dah 17thn. Elok la belajar cari duit sendiri. Dah 3x report kalau tarik balik report xboleh nak cakap apa. Diri sendiri suka jadi punching bag. Camni pun nak hadap laki tak guna.
Quote anony-mous 20-9-2022 10:42 AM
syaz_lina replied at 20-9-2022 10:27 AM
dah report 3 kali, stil  stay tunggu lelaki baran ni? yg polis siasat tak abis2, nak tunggu kena bel ...

Polis nk siasat mcm mana klau tarik balik report?
Quote cutieslilies 20-9-2022 10:42 AM
eloklaa suh anak tu keje..ke suh jadi biawak mcm dia..

nauzubillah...

nak org sayang dan hormat kita.. tolonglaa sayang n jaga maruah sendiri..camna org nak kesian kalau x kesiankan diri sendiri..

jantan kalau dah 1 kali naik tangan..udahlaaa jgn disimpan dah...

kalau kaya..ko siap2 dgn bukti..tuntut sampai tinggal spenda...kalau yg kayap ni...agak payahlaa
Quote epal_putih 20-9-2022 10:46 AM
17 tahun.. okla klu kerja..
Quote Artemesiaa 20-9-2022 10:54 AM
Eloklah dah diajar bekerja baru dia tahu nilai duit dan susah senang nak dapatkannya.  Ke ada sebab lain dia naik angin macam tu tak dapat duit dari bini kot.
Quote asamfish 20-9-2022 10:59 AM
nanti ujung2 masuk syariah court, bini jugak yang dikatakan nusyuz........mcm ni la selalu nasib bini2 melayu yang kena dera sampai abangjamilmampos.....eh chop!  pasangan melayu isele ke ni?
Quote asamfish 20-9-2022 11:01 AM
pooh~key replied at 20-9-2022 09:58 AM
Selayaknyalah kan kena dera sebab bodoh dek. No kesian2 from me dek.

Dah 3 kali buat report rupanya ...

kan!  ramai betul bini2/pompuan2 yang mcm ni....berkali2 kena pun tetepppppp kesian....berkali2 kena pukul sampai rebah, kena tipu sampai lesu pun tetepppp la saya kesiankan suami

Quote Orix 20-9-2022 11:03 AM
pooh~key replied at 20-9-2022 09:58 AM
Selayaknyalah kan kena dera sebab bodoh dek. No kesian2 from me dek.

Dah 3 kali buat report rupanya ...

hahahaha... adoi.... straightforward sungguh

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.040972 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top