CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Trauma Anak Hampir Kena Culik Di Genting Highland

20-9-2022 09:30 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4027| Komen: 25|Original author: Tatod

Sumber mStar


Seorang usahawan tekstil yang dikenali sebagai Alfitry tampil mengingatkan orang ramai terutama ibu bapa agar sentiasa memerhatikan serta peka dengan keberadaan anak kecil ketika mengunjung lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

Memetik laporan mStar, Alfitry menceritakan semula insiden mencemaskan yang terjadi kepada stafnya, Eykin ketika mereka bersama-sama pergi ke Genting Highlands bagi meraikan hari lahirnya.

Katanya, mereka yang berkunjung ke sana terdiri daripada lima orang dewasa termasuk dirinya dan tiga kanak-kanak yang berusia tujuh bulan hingga lima tahun.


"Perjalanan ini tidak dirancang dan kebetulan nak sambut hari lahir saya. Maka, staf pun ambil peluang untuk bercuti sekali. Sebelum kejadian, saya pergi beli kasut sebab nak main roller coaster dan masa nak beli tiket untuk permainan, saya terfikir nak belanja staf semua bermain sekali.

Gambar hiasan.

"Tapi, Eykin cakap dia tak mahu naik sebab takut mabuk jadi dia kat luar di tempat berhampiran roller coaster bersama tiga anaknya," kata Alfitry

Bagaimanapun, dia dan tiga lagi stafnya sedang beratur untuk menaiki permainan tersebut, dia ternampak Eykin didekati oleh dua wanita warga asing.

Melihat situasi itu, dia bersama tiga lagi rakan berasa tidak sedap hati dan ingin mendapatkan Eykin namun wanita berusia 29 tahun itu memberikan isyarat bahawa dia dalam keadaan baik.

"Memang rasa tak sedap hati tapi dia bagi isyarat okay, sedangkan pada masa itu dah nampak anaknya ditarik dan didukung oleh wanita berselubung kain putih.


"Jadi, lepas permainan tamat kami berlari mendapatkan Eykin dan dia kelihatan berpeluh serta ketakutan," katanya.

Bercerita lebih lanjut, berdasarkan perkongsian Eykin, wanita Pakistan yang berselubung seakan-akan memakai telekung itu turut memakai satu lagi lapisan pakaian berwarna hitam.

"Dia mengibas-ngibas baju hitam itu semasa melintasi barang-barang yang kami tinggalkan sambil menarik anak perempuan Eykin yang berusia tiga tahun.

"Pelik dengan perbuatan wanita itu, Eykin pun tanya kenapa tarik ankanya secara kasar kemudian seorang lagi wanita warga Indonesia bersamanya memaklumkan yang wanita Pakistan itu suka budak dan lebih 12 tahun tak jumpa anak dan suami.

"Jadi, Eykin pun tegur supaya dia tak buat lagi macam tu dan tiba-tiba datang seorang lelaki warga Indonesia yang buat-buat tanya apa yahg berlaku kemudian dua wanita tersebut terus berlalu pergi," ceritanya.



Bagaimanapun, perkara itu tidak terhenti di situ saja, kedua-dua wanita itu dilihat memerhatikan Eykin dan anak-anaknya malahan ketika Alfitry mahu ke tandas, dia ternampak wanita tersebut berada tidak jauh dari lokasi stafnya.

Selepas beberapa ketika, ekdua-dua wanita tersebut dilihat ke lokasi permainan khusus untuk kanak-kanak dan perbuatan wanita Indonesia yang asyik merakam dan menangkap gambar itu juga sangat mencurigakan.

"Jadi, saya dan yang lain-lain ikut sahaja mereka sehingga polis datang. Polis pun kami terpaksa panggil yang berada di kawasan kasino sebab tidak nampak mana-mana pihak berkuasa di taman tema ini.

"Kedua-dua mereka akhirnya dibawa ke bilik kawalan untuk disoal siasat tapi malangnya tiada siapa yang mengaku," katanya.

Apa yang lebih menghairankan, apabila suami wanita Pakistan itu datang selepas dimaklumkan tentang kejadian sedangkan pada awalnya mereka dimaklumkan wanita terbabit sudah tidak berjumpa dengan suami dan anaknya.


"Suami dia mengaku sudah lama berniaga karpet di Malaysia, kira-kira 10 tahun. Isterinya pula tak pandai berbahasa Melayu dan mulut sentiasa terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu.

"Enggan panjangkan cerita, saya minta dia nasihatkan isteri supaya tak ulang perkara seperti itu kerana ia dikategorikan sebagai ancaman di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Eykin ketika dihubungi enggan bercerita lanjut kerana masih trauma dengan kejadian yang berlaku. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-9-2022 10:26 AM
EE Menakutkan betol lah.. org Pakistan nak culik budak pastu jual kan?
Quote cmf_PariS 20-9-2022 10:53 AM
yes ini bahaya... jgn buat main warga asing ni pelik2 ya... sekali kene colek nauzubillah.. kalau jd kt aku mmg aku lempang sapa pgg2 anak aku
Quote JDT 20-9-2022 11:22 AM
Jangankan anak kecil, anak remaja pun kami masih berpegang tangan. Takut sebab macam2 terjadi sekarang. Kalau tak nampak kelibat anak, mulalah panik bila panggil tak berjawab, terus cari sampai jumpa. Lega bila nampak anak walaupun selang dua baris rak..
Quote surih07 20-9-2022 12:06 PM
tgk vid ni smalam ee menakutkan woi
binawe betui 2 pompuan tu
sampai ke genting buat keje

Quote cmf_premierleag 20-9-2022 12:17 PM
Celaka nya pompuan pakistan tu
Dah la berkelubung berkelambu
Pihak Genting management patut haramkan pemakaian serupa kelambu ni kt sana.kalo bleh halang skali org2 mcm ni masuk ke genting sbb org2 mcm ni suspicious
Quote kechikchomel 20-9-2022 12:18 PM
mak iolss jaga anak orang. dats y kalau dorang diam je, ktorg panggil/cari. tengok2 ada je haaa sorok bawah kerusi la, bawah meja la.
dah la ayah iolss suka buka pintu depan tu. pastu dia tido. memang la gate n grill tu tutup, dibuatnya tak sedar orang buka? tak ke naya?
Quote Skuau 20-9-2022 12:47 PM
Edited by Skuau at 20-9-2022 03:00 PM

TUDIA...bila ko 'panggil' warga asing reramai mai negara ko.Rakyat Msia 'TAKUT' di negara sendiri...sementara warga asing 'TAK TAKUT' datang buat onar kt negara [email protected] betul la
Quote Acikgomen 20-9-2022 12:57 PM
cmf_PariS replied at 20-9-2022 10:53 AM
yes ini bahaya... jgn buat main warga asing ni pelik2 ya... sekali kene colek nauzubillah.. kalau jd ...

Sbb tu acik rasa pelik tgk tokbidah boleh dukung jerit2 tgk anak org kat public
How can a parent allows a stranger pegang2 sentuh anak kecik dia????????
Tibahhhh haku ckp omputeh fefeling pelajar unibesiti yale
Quote takayama 20-9-2022 01:47 PM
jgn nnt jd cam kes arwah Nurjazlin dan kanak2 lain yg hilang dahlah
yg dah lalui mmg taw camner traumanya bila tetiba anak hilang
x kira baby, toddler, sekolah rendah waima sekolah menengah ada jer mata2 yg memerhati
jd parents jgnlah leka
kt taman perumahan kaka pernah terjd bukan warganegara asing tp penculiknya yg guna pki konsep satu Malaysia tu, diaorg gie cekup toddler dlm 2 tahun yg tgh main dgn abg dia kt depan rumah, silapnya sbb pintu pgr x berkunci dan nsb baiknya sbb ada bdk2 kolej penerbangan menyewa di situ juga maka mmg bdk2 tuelah yg kejar dan belasah si penculik seblm serah pd polis
bkn ajer anak tu yg trauma tp mak pak lg lah
Quote takayama 20-9-2022 01:48 PM
Acikgomen replied at 20-9-2022 12:57 PM
Sbb tu acik rasa pelik tgk tokbidah boleh dukung jerit2 tgk anak org kat public
How can a parent a ...

adoiiii acik terus kaka terigt bideo si vidah tumak baby tu pun aishhhh
Quote akies 20-9-2022 02:34 PM
Awasi anak2 sendiri..risau lak iols
Quote renko 20-9-2022 02:51 PM
van putih
selubung putih
Quote batmana 20-9-2022 03:37 PM
saman je la theme park tu

theme park besar gedabak gtu, takde sekuriti, polis pn tkde

jaga kasino wat pe?

lainla besar sekangkang kera
Quote Decaffeinated 20-9-2022 04:11 PM
tah lah

Quote ezacbee 20-9-2022 04:43 PM
Ada permit ke dorang ni.. PATI ke?
Quote alieyrina 20-9-2022 07:15 PM
Jgn kan warga asing, sesama bangsa yg x kenal pun dtg menyerendeh dekat anak2 siapla.
Jahat betui. Korg ada famili trip ramai2 pun x payahla suruh sepupu anak menakan bagai jaga. Depa asyik dgn fon takdanya bagi pehatian sgt kalau jaga budak
Quote me12345 20-9-2022 07:22 PM
Kot iye suami dan mungkin subahat sama..bangla dan oakistan mmg byk drama pusing2 cerita...buat2 citer sedih ni mmg biasa.
Quote orglama 20-9-2022 10:05 PM
cmf_premierleag replied at 20-9-2022 12:17 PM
Celaka nya pompuan pakistan tu
Dah la berkelubung berkelambu
Pihak Genting management patut haramka ...

Tapi nanti ada pulak pihak yg bising sb halang pemakaian pakaian agama...isu lain pulak timbul
Quote imanjannah 20-9-2022 10:18 PM
indon tu suhabat juga ke? atau mcm mna?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.151889 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top