CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Durjana! Berpakat Dengan 4 Lelaki Untuk Bunuh Suami

20-9-2022 09:30 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3138| Komen: 30|Original author: Tatod

Gambar hiasan. SUMBER Google


Seorang wanita ditahan selepas dipercayai menjadi dalang dalam rancangan pembunuhan suaminya di Taman Aneka, Sungai Udang, di Klang, Selangor pada 15 September lalu.

Memetik laporan Harian Metro, selain wanita berusia 37 tahun itu, turut ditahan adalah empat lelaki tempatan yang juga kenalannya yang berusia 20 hingga 36 tahun.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dalam kejadian awal pagi itu, seorang lelaki berusia 41 tahun maut dipercayai ditikam sekumpulan lelakk yang ingin menyamun rumahnya.


Arjunaidi Mohamed. SUMBER Utusan.

Katanya, terdahulu Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan menerima panggilan memaklumkan pergaduhan antara sekumpulan lelaki serta melihat seorang lelaki berlumuran darah di sebuah rumah teres sekitar jam 2.14 pagi.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis ke tempat kejadian dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah yang kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Berdasarkan keterangan isteri mangsa, terdapat dua lelaki berpakaian hitam serta memakai topeng memasuki rumah mereka dan menikam suaminya sebelum bertindak menggeledah rumah serta mengambil pelbagai beg tangan berjenama, barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM40,000.

Gambar hiasan. SUMBER Google.

"Suspek berkenaan kemudian melarikan diri menggunakan kenderaan jenis BMW dan jumlah kerugian dianggarkan berjumlah RM100,000," katanya dalam satu sidang media.

Beliau berkata, pihaknya memperolehi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian yang boleh membantu siasatan.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati mangsa mempunyai lebih daripada 14 tikaman di bahagian badan dan menjadi punca kematian.

"Bertindak atas maklumat, isteri mangsa ditahan pada jam 10 malam hari sama di rumahnya dan siasatan lanjut membongkar kejadian sebenar yang mana wanita itu membuat rancangan dan persiapan untuk membunuh suami sendiri.
Gambar hiasan. SUMBER Google

"Motif pembunuhan itu dipercayai akibat dendam serta kepentingan diri. Dalam pada itu, susulan penahanan suspek, beberapa siri tangkapan dilakukan terhadap empat lelaki di sekitar Klang dan Senawang, Negeri Sembilan yang mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau," katanya.

Arjunaidi berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Kesemua tahanan direman lima hari dan kertas siasatan dilengkapkan seterusnya diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 20-9-2022 10:26 AM
ish2 ganas bunuh suami sendiri. tak suka ceraikan je lah
Quote Omai 20-9-2022 04:23 PM
mane dia kenal jantanzz jantanzz ganazzz ni..
Quote noor2 20-9-2022 04:26 PM
Ingatkan kat luar negara....bangsa apekah?
Quote Acikgomen 20-9-2022 04:29 PM
noor2 replied at 20-9-2022 04:26 PM
Ingatkan kat luar negara....bangsa apekah?

Acik nak speku geng yenna boleh tak
Quote renko 20-9-2022 04:56 PM
Acikgomen replied at 20-9-2022 04:29 PM
Acik nak speku geng yenna boleh tak

hehehehehehehehehehehe

Quote tri-max 20-9-2022 05:07 PM
aiyoo, plot goes wrong la
CCTV tak masuk plak dlm list ... belum tahap amatur pun
14 kali tikaman bukan normal utk kes merompak, itu dendam
Quote ezacbee 20-9-2022 05:11 PM
Bertindak atas maklumat, isteri mangsa ditahan pada jam 10 malam hari sama di rumahnya dan siasatan lanjut membongkar kejadian sebenar yang mana wanita itu membuat rancangan dan persiapan untuk membunuh suami sendiri.


Xberbaloi.. Ko yg plan ko sendiri yg kantoikan.
Quote shernazz 20-9-2022 05:12 PM
Acikgomen replied at 20-9-2022 04:29 PM
Acik nak speku geng yenna boleh tak

Geng yenna mmg senang nak dpt closure..
Sebab depa ni hati tisu..
Quote Acikgomen 20-9-2022 05:15 PM
shernazz replied at 20-9-2022 05:12 PM
Geng yenna mmg senang nak dpt closure..
Sebab depa ni hati tisu..

Sekejapan je polis dpt tau dalang khennnnz
Chuols imejin bingit ke tidak bini mangsa meraung masa kena interrogate kat lokap
Quote shernazz 20-9-2022 05:18 PM
Acikgomen replied at 20-9-2022 05:15 PM
Sekejapan je polis dpt tau dalang khennnnz
Chuols imejin bingit ke tidak bini mangsa meraung  ...

Khennnn
Melolong2 sikit.polis tak heran...
Nanges la.sampai banjir..
Sekali.kena.petik family..terus kantoi..
Jantan2 yang diupah tak.boleh simpan rahsia langsung..mesti teringat amma appa kat rumah...
Quote mrsamz 20-9-2022 05:19 PM
Acikgomen replied at 20-9-2022 04:29 PM
Acik nak speku geng yenna boleh tak

Bace kat fesbuk katanya sepet..bukan yenna
Quote MsKathryn 20-9-2022 05:20 PM
Yennadeyyy
Quote dua_chzy 20-9-2022 05:21 PM
Camna ko buat kerja sampai kedapatan? Lain kali buat macam si Samirah bunuh si Nazrin tu dek.
Quote mizruncing 20-9-2022 05:22 PM
nak tau motif je
Quote matchstick 20-9-2022 05:36 PM
Kalau bunuh sbb harta biasa nya cinkies
Quote Acikgomen 20-9-2022 06:03 PM
mrsamz replied at 20-9-2022 05:19 PM
Bace kat fesbuk katanya sepet..bukan yenna

Yatohannnn penat acik dgn @shernazz pitenah yenna ujong2 deyols suci murni
Quote imanjannah 20-9-2022 06:13 PM
kejamnya..
Quote shernazz 20-9-2022 06:24 PM
Acikgomen replied at 20-9-2022 06:03 PM
Yatohannnn penat acik dgn @shernazz pitenah yenna ujong2 deyols suci murni

Astaga
Ya ampun.yennaaaaaa
Sepet selet rupanya....
Kesian yenna.dipitnah weols
Quote Highflyer19 20-9-2022 11:53 PM
Dh betul2 nekad ni...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.172124 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top