CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Di Kedah Kemurungan, Panjat Bumbung Sekolah- Abang Bomba Datang Pujuk

19-9-2022 06:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2933| Komen: 34

Alor Setar: Pujukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang pelajar perempuan dipercayai mengalami kemurungan di bumbung sebuah sekolah, di sini, hari ini.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.53 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan anggota dengan sebuah jentera dari BBP Alor Setar diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Anuar Hamid tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Foto: Harian Metro

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati pelajar perempuan berusia 19 tahun berada di bumbung anjung tangga di tingkat tiga bangunan sekolah.

"Anggota memujuk dan menenangkan mangsa supaya turun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, pelajar itu berjaya dibawa turun untuk tindakan kaunseling pihak sekolah.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 2.45 petang tadi.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 19-9-2022 06:36 PM
sian............. cari lah hobi dek....
Quote pooh~key 19-9-2022 06:38 PM
Bulatnya alur punggung kau dek bomba sis?
Quote CiliPadiSedap 19-9-2022 07:20 PM
rasanya xmembantu kaunselor sekolah, dulu kaka pernah di panggil kaunselor. best sebab dapat tidur rehat kt bilik kaunseling daripada masuk kelas.
Quote Carcosa 19-9-2022 08:04 PM
Apalah agaknya masalah adik ni..
Quote honeybee1802 19-9-2022 08:07 PM
Kalo sbb jate dik..rugi mung baik mu belajar rajin2....sharpen skill n bakat ko...besok ko berjaya ko boleh pandang sebelah mata je...
Quote awanearisu 19-9-2022 08:09 PM
Adakah sekolah SBP yang sama di mana terjadinya kejadian gangguan seksual itu? Mungkinkah ini salah seorang mangsa?
Quote kivio 19-9-2022 08:12 PM
Halah halah baru 19 dah murung
Quote fortiori13 19-9-2022 09:09 PM
Kesian adik ni, moga dia dapat bantuan utk kemurungan dia tu
Quote Chah21 19-9-2022 09:47 PM
CiliPadiSedap: rasanya xmembantu kaunselor se ...

Btul.. tp i rasa sama je kaunselor kt u pon hurm malas ckp.. kita g ngadu mintak pnpdat,kita yg kena pulau.. mcm nk xnk je layan soalan kita pasal kelas.. mmg dingin ler i layan balik,,lecturer lain i snyum
Quote aina_shaira 19-9-2022 10:05 PM
Zaman aku sekolah dulu, cikgu kaunseling lah yang takde keja. Budak budak perempuan selalu lepak bilik kaunseling sebab nak menyembang kat bilik kaunseling. Cite masalah pasal jantan padahal masa tu baru form 3
Quote Selubung 19-9-2022 10:10 PM
Teringat pulak kwn aku kena masuk wad sbb stress belajar spm tp rakan2 yg lain buat lawak sajerr benda tu
Quote iraizz 19-9-2022 10:16 PM
pooh~key replied at 19-9-2022 06:38 PM
Bulatnya alur punggung kau dek bomba sis?

Amboi, sempat lagi
Quote Adrif 20-9-2022 12:29 AM
kesiannya

entah ape la dia stress sangat tu sampai ke tahap macam tu

nasib dia lepas kejadian ni lagi kesian, mesti mulut2 lain mengata

bertabahlah dik, semoga diberikan kekuatan hati, mental dan emosi
Quote Bosco1998 20-9-2022 04:22 AM
https://obamedia.com.ng
Quote pooh~key 20-9-2022 08:15 AM
iraizz replied at 19-9-2022 10:16 PM
Amboi, sempat lagi

Kohkohkohkohkoh terpesona sebentar sis.
Quote Solokkk 20-9-2022 08:21 AM
pooh~key replied at 19-9-2022 06:38 PM
Bulatnya alur punggung kau dek bomba sis?

Observant……
Quote lolipopi 20-9-2022 08:40 AM
Itu la sbb skang ni aku buat lek lek je ngan anak aku..awal tahun hr tu kemain aku push dia belajo ckp kena score ni blablabla nak masuk sekolah bagus la kununnya anto tuisyen sana sini sampai la aku tgk dia nangis mcm tensen byk tugasan dgn homework project sekolah. Tu baru sek rendah..aku riso dia kena depression mental health ke so skang ni aku x push² sgt..takpe la masuk sek harian biasa pun asalkan dia sihat tubuh badan akal fikiran semua..syukur dahh
Quote pooh~key 20-9-2022 09:06 AM
lolipopi replied at 20-9-2022 08:40 AM
Itu la sbb skang ni aku buat lek lek je ngan anak aku..awal tahun hr tu kemain aku push dia belajo c ...

Jaga pemakanan dia sis. Banyakkan ambik makanan tinggi omega 3 macam ikan laut sis. Bagus untuk perkembangan sistem otak sis.
Quote Highflyer19 20-9-2022 09:11 AM
Semoga baik2 saja adik ni…

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.136243 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top