Ramai netizen memberi pandangan dan pendapat berbeza mengenai pemberian wang hantaran tinggi yang bakal dikenakan pasangan lelaki sekiranya ada yang menyimpan hasrat mahu menyunting anak mami Pulau Mutiara.
Ini berdasarkan satu ciapan yang dimuat naik menerusi Facebook Penang Press semalam iaitu: “Betoi ka kalu (kalau) nak (hendak) masuk meminang anak mami Penang harga tinggi? Kadang-kadang pasangan dah (sudah) bincang tetapi family (keluarga) letak tinggi pula kecian (kasihan). Masing-masing netizen meninggalkan komen berbaur humor termasuk ada yang menganggap sebagai satu mitos.
“Hendak berkahwin bukan bermakna untuk menjual anak dengan harga tinggi. Biarkan semuanya dipermudahkan untuk keselesaan kedua-dua pihak,” komen seorang netizen. “Harga tinggi-tinggi bukan pasai anak mami, tetapi tradisi nak menunjuk-nunjuk. Padahal masuk anak satu, dua semua jadi tong drum,” seloroh seorang pengguna laman sosial. “Anak mami ikut harga hidung, lagi tinggi hidung dia lagi tinggi hantaran,” balas seorang lagi netizen. Dalam pada itu, seorang lagi netizen turut meletakkan komen: “Aku tak rasa macam itu pun, bukan Penang saja, malah semua negeri dah naikkan lebih daripada RM20,000 hantaran belanja. Anak dara depa kerja kilang ja pon.” Sehingga petang ini, ciapan tersebut mendapat 18 perkongsian, 296 komen dan 715 pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial. -CARI Sumber: Kosmo
|
shernazz replied at 19-9-2022 06:35 PM
Tp.mmg btol.pung
Pak.lang aku minang anak mami kat langkawi nun..
Tahun.1997 hantaran rm10k
nikaido replied at 19-9-2022 06:53 PM
Tudia, 10k tahun 90an tu dah gaji setahun rakyat marhean
green~tea: Edited by green~tea at 19-9-2 ...
Suchi replied at 19-9-2022 10:54 PM
Mahal sbb apa?
Lobang tanduk kaa?
white_musk replied at 19-9-2022 11:12 PM
Akak kenal seorang budak parampuan ni, ada degree kerja pun bagus, kawin awal tahun 2022.. Hantaran ...
ADVERTISEMENT