CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Mengaku Rogol Dua Anak Kandung Sejak Tujuh Tahun Lepas

19-9-2022 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3677| Komen: 46

Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen di sini, hari ini atas 28 pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandungnya, sejak tujuh tahun lalu.


Tertuduh yang berusia 56 tahun itu membuat pengakuan tersebut sejurus kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Bagaimanapun, keputusan hukuman terhadap tertuduh ditangguhkan sehingga esok bagi semakan fakta kes.


Foto: Kosmo

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-13, tertuduh didakwa telah merogol anak kandungnya yang kini berusia 19 tahun sejak 2015 sehingga 2018 yang mana perhubungan antara mereka tidak dibenarkan undang-undang untuk berkahwin.


Bagi pertuduhan 14 hingga 21, dia yang bekerja sebagai penyelia syarikat pemegang pelaburan didakwa turut melakukan perbuatan sama terhadap anak keduanya yang kini berusia 15 tahun sejak 4 Mei 2019 hingga 5 September 2022.

Bagi semua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan 22 sehingga 26, tertuduh didakwa telah melakukan hubungan seks dengan memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa tanpa kebenarannya dan didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan denda serta sebat.

Dua lagi pertuduhan melibatkan perbuatan amang seksual fizikal dan persetubuhan bertentangan aturan tabii.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama dan Seksyen 16 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan antara 24 September 2015 hingga 5 September 2022.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminannya dikurangkan dengan alasan menghidap penyakit jantung, penyakit kulit kronik, darah tinggi dan kencing manis.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM96,000 bagi kesemua 28 pertuduhan tersebut.

Dalam pada itu, dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Mazana Sinin, tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap isteri dan anak-anak di lokasi sama pada 5 September lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mazana bagaimanapun turut menangguhkan keputusan hukuman sehingga esok dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 19-9-2022 05:50 PM
X tau lh inmates dlm penjara msia mcmn
Tp klu di us
Xde harapan dh hewan ni
Hewan pun berjenis lg
How to categories this kind of thing ya

Quote cheezel 19-9-2022 06:08 PM
Gelinya bangsattt cmnih. Ngn anak sendiri pn selera. Dua bini pn tak cukup
Quote shernazz 19-9-2022 07:13 PM
Baru teringat ada kencing maneh n sakit jantung ke?
Time buat keje tak senonoh tu.tak.igt apa...igt nak.merosakkan anak sendiri je kan..
Quote BelovedTaeyeon 19-9-2022 07:53 PM
Nama takde?
Quote Carcosa 19-9-2022 08:09 PM
Bangsat. Dahla ada penyakit kulit, geli bodoh, kau rogol pulak anak2 kau. Allah dah kasi mcm2 penyakit pun, tak sedar2 diri masih rogol ulang2 kali. Baik kau mampos digelek lori 8 tayar biar muka kau pecah meletop. Bodoh punya jantan
Quote fortiori13 19-9-2022 08:46 PM
Moga binatang ni mereput dlm penjara
Quote akukah 19-9-2022 09:05 PM
BelovedTaeyeon replied at 19-9-2022 07:53 PM
Nama takde?

Nama dirahsiakan untuk lindungi identiti anak yg masih bawah umur tu
Quote CardiGans85 19-9-2022 09:07 PM
Kencing manis boleh naik ke? Dasar Iblis
Quote CardiGans85 19-9-2022 09:10 PM
Ni kes yg kat Melaka kan..
Quote felinecat 19-9-2022 09:20 PM
boleh ikat jamin 4000 je??? dah la ugut nak bunuh anak bini, mcmne plak dpt ikat jamin..gila betul
Quote ujio 19-9-2022 09:21 PM
Dah lama, dah smpi usia remaja, anak tu pun masih biarkan diri diperlakukan mcmtu oleh apaknyaa...? Gila ke hape..?!
Quote me12345 19-9-2022 09:24 PM
Edited by me12345 at 19-9-2022 10:25 PM

Syaitan ayah kandung.. ada sakit kronik jantung, diabetes ttp berdaya merogol...
Quote 3chanceno 19-9-2022 09:31 PM
Dah 2 bini pun rogol anak2 bagus bini dia ambik tindakan bukan biarkan gitu je bila dah tahu perangai lahanat laki  mungkin bini pun dah tak tahan dengan perangai baran  &  kurang ajar nie
Quote 3chanceno 19-9-2022 09:32 PM
ujio replied at 19-9-2022 09:21 PM
Dah lama, dah smpi usia remaja, anak tu pun masih biarkan diri diperlakukan mcmtu oleh apaknyaa...?  ...

Dalam thread awal, anak2 kena ugut kalau cerita dengan orang lain
Quote azimodin 19-9-2022 09:34 PM
Jilake. Bila dah kantoi baru nak fikir ada penyakit bagai. Perangai haramjadah. Dah ratah anak sendiri, boleh pulak ugut2 ya.. x sedar diri. Aku x support lgbtq+ ya tapi aku harap sangat jantan ni di ratah oleh inmates sampai separuh mati
Quote uda 19-9-2022 09:36 PM
Nasib baik anak2 dia tak mengandung.
Quote Highflyer19 19-9-2022 09:39 PM
Msti btahun2 sesi kainseling utk hilangkan trauma budak2 tu…
Quote amyza 19-9-2022 09:40 PM
Jahatnye bapak takguna
Quote batu kikir 19-9-2022 09:58 PM
Bapak sial macam ni aku doakan kau cepat mampus.  Hidup tak de guna.  Keturunan anak haram agaknys

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.046553 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top