CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Diculik Dan Dibawa Lari Ke Siam, Dah 5 Tahun Tak Ada Berita-"Kalau Meninggal,Satu Jari Dia Memadai Sebagai Bukti'

19-9-2022 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4448| Komen: 38

Kota Bharu: "Lima tahun saya menanti kepulangan suami yang sehingga kini tidak kunjung tiba dan sepi tahun berganti tahun.

"Dari anak berusia dua tahun ketika kejadian, kini anak saya sudah berusia tujuh tahun dan dan memasuki alam persekolahan tanpa kehadiran bapanya."

Demikian luahan Nur Azra Syazwani Abdullah, 29, yang sehingga kini masih buntu selepas suaminya diculik sekumpulan lelaki sebelum dipercayai dibawa lari ke Thailand pada 5 Julai 2017 dengan dikaitkan isu hutang.


Foto: Harian Metro

Katanya, walaupun kejadian itu sudah lima tahun berlalu, namun segala detik yang berlaku yang mana suami, Mohamad Aiman Zafri, 29, diheret di depan mata masih lagi segar dalam ingatan.


"Segala-galanya masih segar dalam ingatan saya termasuk jeritan suami dipercayai dipukul sekumpulan lelaki yang menculiknya ketika mereka menghubungi saya.

"Tiada apa yang diharapkan, sekiranya benar suami saya meninggal dunia, buktikan kepada saya dengan hanya memberi satu jari sudah memadai sekiranya saya tidak dibenarkan melihat suami.

"Nak kata saya masih berharap kepulangan suami pun tidak juga memandangkan sudah lima tahun berlalu, apatah lagi suami dibawa lari ke Thailand, macam-macam boleh berlaku," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian jam 11.15 malam pada 5 Julai 2017, Mohamad Aiman dikatakan bersama isterinya berhenti di kedai runcit ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum didatangi sebuah kereta dinaiki tiga lelaki dan memaksa mangsa masuk kenderaan mereka.

Susulan kejadian itu, isterinya dihubungi seorang lelaki menggunakan nombor telefon Thailand yang meminta wang tebusan RM50,000 sambil mendakwa mangsa berhutang.

Azra berkata, sebelum ini dia sering kali bertanyakan perkembangan suaminya kepada pihak polis, namun sejak tiga tahun lalu dia tidak lagi berbuat demikian memandangkan pihak berkuasa juga tidak menemui sebarang petunjuk.

"Kejadian yang berlaku membabitkan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, baru-baru ini mengingatkan kembali apa yang berlaku kepada saya.

"Saya memahami perasaan keluarga Rosnazirah, mereka baru mengalami selama seminggu, namun saya sudah mengalaminya sejak lima tahun lalu.

"Namun, secara jujurnya saya tidak boleh membaca sebarang berita berkaitan kes ejen kosmetik itu kerana ia mengingatkan kepada saya kejadian yang menimpa suami. Disebabkan itu seboleh-bolehnya saya tidak mahu mengambil tahu pasal kes itu," katanya.

Katanya, anaknya Muhammad Rizqi Rayyan, 9, baru-baru ini ada bertanyakan bila bapanya mahu pulang walaupun ketika kejadian anaknya masih kecil.

"Saya tidak tahu bagaimana mahu menjawab setiap kali anak bertanya 'bila daddy pulang." Setakat ini setiap kali isu itu dibangkitkan, akan akan meminta anak terus berdoa supaya daddy pulang dengan izin Allah.

"Walaupun harapan saya semakin tipis untuk melihat suami, namun saya sentiasa berdoa semoga segala urusan saya dan suami dipermudahkan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 19-9-2022 05:19 PM
innalillah. takziah.
Quote noor2 19-9-2022 05:26 PM
Bnyk nya kes culik melibatkan org Thailand
Quote Highflyer19 19-9-2022 05:33 PM
Thai dgn cambodia mcm bahaya nk pi melancong...silap2 kna kidnap
Quote rogayahtop 19-9-2022 07:38 PM
vietnam pun ada kes kidnap rakyat malaysia nak merompak.

kes yg ni  husband dia muda. baru 25 ada 50k hutang tak bayar kalau ikut cerita 2017 tu.  
Quote Carcosa 19-9-2022 08:03 PM
Lawa cik kak

Tapi, begitulah.. (hati hitam meols tgh bekerja
Kalau berhutang / main dadih / kongsi gelap, bersedialah utk melancong secara percuma ke Thailand /Cambodia / Laos/ Myanmar /mungkin Philippines, dan yg seangkatan dgnnya.
Maka, pilih la calon suami yg tepat, dan jangan mengamalkan konsep asal berlaki
Quote honeybee1802 19-9-2022 08:09 PM
noor2 replied at 19-9-2022 05:26 PM
Bnyk nya kes culik melibatkan org Thailand

Tu yg anak cina tu...konon nak gi juper gf kt siam...sekali hilang...call parents kata dia kt spital..parent gi carik bawak balik abu mayat jekkk
Quote CiliPadiSedap 19-9-2022 08:39 PM
honeybee1802: Tu yg anak cina tu...konon nak gi juper gf kt siam...sekali hilang...call parents kata dia kt spital..parent gi carik bawak balik abu mayat jekkk


jumpa kt utara thai kan? bukannya kt border malaysia.

Quote Belibis 19-9-2022 09:24 PM
Lawa.macam keturunan arab..kawin lain jer la.
Quote monreyes 20-9-2022 02:05 AM
tu pasal arwah ayah aku x bagi rentas border masa study kat UUM...sampai skrg x teringin nak p ..tmbh skrg ramai org desperate cari duit
Quote akies 20-9-2022 07:31 AM
Takde harapan la tu nk jumpa
Quote syamzana 20-9-2022 08:04 AM
Highflyer19 replied at 19-9-2022 05:33 PM
Thai dgn cambodia mcm bahaya nk pi melancong...silap2 kna kidnap

tapi holiday di thai seronok. makan2 pun best.
tatau plak byk kejadian culik tak balik2 gini. serammmm
Quote kucingitam 20-9-2022 09:14 AM
tgk kes tangmo je la...dgn warga sendiri dia boleh buat gitu..ini kan pulak dgn org luar..
Quote kechikchomel 20-9-2022 09:32 AM
monreyes replied at 20-9-2022 02:05 AM
tu pasal arwah ayah aku x bagi rentas border masa study kat UUM...sampai skrg x teringin nak p ..tmb ...

cousin iolss, dia study kat Perlis. ada sekali tu, dia 'hilang'. mak dia call tak dapat2. ghisauu la kan.puas la mak dia call kawan2 cousin iolss tu, takde siapa tau. last2, lepas 2-3 hari baru dapat contact balik.
rupanya dia dah lepas ke border tu, tak bagitau mak ayah dia.
tak sure la kawan2 dia tau ke tak. ataupun dia pakat dengan dorg, jangan bagitau mak ayah dia.
done pitenah cousin iolss.

Quote KamikuP 20-9-2022 09:40 AM
Sheolls masih bergetah. Kalau ikut hukum Islam laki x balik (brp bulan ntah) bole tuntut cerai fasakh (kalau salah tolong betulkan meolls yaach)

Kawen lain la sheolls rupa ada.. apa di harap laki yg kaki hutang tu
Quote copy_paste 20-9-2022 10:23 AM
KamikuP replied at 20-9-2022 09:40 AM
Sheolls masih bergetah. Kalau ikut hukum Islam laki x balik (brp bulan ntah) bole tuntut cerai fasak ...

jatuh taklik dah tu, boleh mintak fasak kat mahkamah dengan merujuk taklik,
pastu kawin la baru,
kalau suami lama kembali, boleh mintak cerai utk kembali ke suami lama tapi kena nikah balik la,
Quote KamikuP 20-9-2022 10:27 AM
copy_paste replied at 20-9-2022 02:23 AM
jatuh taklik dah tu, boleh mintak fasak kat mahkamah dengan merujuk taklik,
pastu kawin la baru,
k ...

Tq cuolss
Quote krustykrab 20-9-2022 10:32 AM
KamikuP replied at 20-9-2022 09:40 AM
Sheolls masih bergetah. Kalau ikut hukum Islam laki x balik (brp bulan ntah) bole tuntut cerai fasak ...

Teringat drama jul ripon dgn fathia...
Quote sangbara2020 20-9-2022 10:33 AM
iye ke masih menunggu
setianya kau dekkk
Quote insulin 20-9-2022 10:34 AM
Teruk sangat kawalan sempadan Malaysia ni. Baiklah berguru dengan Australia tentang cara depa kawal sempadan.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050052 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top