CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bob Yusof Dan Dina Nadzir Masuk GV9, Azharina Mohon Rakyat Malaysia Lihat Bakat Bukan Rupa Paras

19-9-2022 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3699| Komen: 31

"Saya harap rakyat Malaysia buka mata mereka untuk melihat bakat seseorang berbanding rupa paras," kata penyanyi Azharina yang juga juara program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) mengenai pembabitan Bob Yusof dan Dina Nadzir pada GV9.


Azharina, 37, berkata, dua penyanyi itu memiliki bakat besar namun tidak diberikan peluang dan platform yang sebenar dalam industri muzik tanah air. 

Foto: IG

"Saya memilih untuk beberapa rakan yang saya tahu memiliki bakat besar, tapi kurang mendapat platform dalam bidang seni sebagai penyanyi iaitu Bob dan Dina. Mereka sangat berbakat dan ada suara yang bagus, cuma mungkin rezeki tidak berpihak sepenuhnya kepada mereka. 

"Jadi, saya mahu melihat perkembangan mereka dalam GV. Peserta lain kita sudah tahu mereka ada nama dan lebih dikenali, tapi untuk dua orang ini sudah melalui banyak perkara. Malah, mereka selalu kena 'body shaming' atau sindir badan. Stigma masyarakat Malaysia selalu melihat pada rupa berbanding bakat. Jadi saya melihat bakat mereka sangat besar, tapi platform tu kurang dapat pendedahan," katanya kepada Harian Metro. 



Menurut Azharina, dia dapat menjangkakan beberapa nama bakal layak ke peringkat akhir. 

"Peserta GV tahun ini semua 'power', sudah berpengalaman dalam pertandingan dan kredibiliti sebagai penyanyi tak dapat disangkal. Saya tak sabar nak tengok persembahan mereka.

"Kalau dari segi ramalan ke akhir, ada beberapa nama yang dirasakan bakal ke akhir. Tapi agak sukar dijangkakan kerana kita belum melihat persembahan mereka. Sebab penyanyi ini manusia, bukan robot. Apa yang membezakan markah mereka nanti adalah nyanyian saja. Dari segi kredibiliti penyanyi mereka memang boleh menyanyi," katanya. 




GV9 menyaksikan 13 peserta berentap antaranya Shila Amzah, Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Pat Candy, Haida Hasnan dan Tom.

Manakala peserta lelaki ialah Tomok, Asheed, Bob Yusof, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Roy Kapilla serta kumpulan VE yang terdiri daripada Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rempahkari 19-9-2022 05:13 PM
Datuk aishah memang tanpa rupa paras ape.gemuk lg
Quote September14 19-9-2022 05:18 PM
Boleh je diorg jd juara tp salah masuk season lak… jac xila pun bkn kategori jelitawan pun tp diorg ada stage presence tu yg membezakan kut.
Quote KucingBiru 19-9-2022 05:29 PM
Shilalat tak patut join GV9. Bob dan Dina logik la sbb both tak nampak opportunity dah.
Quote 800214 19-9-2022 05:37 PM
Undian bukan di tangan penonton pun. Tanya la juri2 tu. Ai olls suka sgt dina punya persembahan smlm. Nmpk energetic walau mok.. Bergerak jua beliau. Suara pun tak termengah2
Quote af_mania 19-9-2022 07:01 PM
Juri pun sendiri bias kalau ada peserta laki yg kacak stok rembesan.
Apa tah lagi acik2 tarap2 penyokong najib di luar mahkamah.
Quote Wayree 19-9-2022 07:03 PM
Masalahnya juri smlm pn bias. Tomok nynyi over je smlm bob lg bestMntang tomok kuyus n adalah sedikit kecutetan terus acik jurid plus 1
Quote wtvmjls 19-9-2022 07:13 PM
Edited by wtvmjls at 19-9-2022 07:15 PM

aku sokong bob mesraaaaaa

tapi hopefully orang blh stop kot ckp pasal rupa rupa. nanti kalau menang tk habis2 ckp pasal rupa lagi, it doesnt seem right to me disebalik pujian ittew, kot2 la tuan badan tk suka orang dk focus kat rupa dorang lagi
Quote AcikBuncit 19-9-2022 07:15 PM
Lahh aisyah dlu menang elok je. Ada rupa ke dia? Haa malas acik nk kata..kalo suara sedap mng la. Jgn xmenang nk slhkn org plh rupa ke, apa plk.. Gv ni juri ke undi?
Quote noor2 19-9-2022 07:18 PM
Abis azharina ni ingat Jac tu lawa ke....org x tengok pada rupa fizikal lah...tapi mmg talent...Jac semalam mmg power suara...aku tengok GV semata nk dgr suara Jac yg power...mcm tu jugak CT nurhaliza...suara dia power...tapi bonus dia lawa
Quote Pujangga22 19-9-2022 07:28 PM
klu rupa si Jac tu pun xlepas masuk Miss Malaysia...klu kt seberang si Judika..mmg xhensem...tp tu lah aura Dina ngn Bobby kureng...
Quote Carcosa 19-9-2022 08:14 PM
Bob aku ok lagi.
Dina tu aku haktuih kan aje yach. Belagak nak mampos, aje geli bila nak ckp slang2. Kerakkkkkk.
Quote Acikgomen 19-9-2022 08:51 PM
Carcosa replied at 19-9-2022 08:14 PM
Bob aku ok lagi.
Dina tu aku haktuih kan aje yach. Belagak nak mampos, aje geli bila nak ckp slang2. ...

Heyyyy tabaekkkk chuols carut gitu
Quote msdummy.2018 19-9-2022 08:54 PM
Rakyat jelata mmg mcm tuh uolsss..cuba kalo si FA tuh masuk gv...kalo xmasuk final cnfirm dikata juri neraka
Quote doubleA 19-9-2022 08:56 PM
Iols suka je dengar dina jadi DJ radio, suara dia sedap dan dia tak syok sendiri melolong gelak ketawa mengilai membodohkan diri

Sekian
Quote awenda507 19-9-2022 09:01 PM
Suara bob mmg best
Quote Carcosa 19-9-2022 09:08 PM
Acikgomen replied at 19-9-2022 08:51 PM
Heyyyy tabaekkkk chuols carut gitu


Bahahhaha. Takde Acik meols ada history gicheww dgn si kerak ni
Meols pegi tgk rancangan apa tah dulu, live. Mentor kot. Ke apa tah. Yg M.Nasir jadi juri. Meols lupalah.
So meols semangat lah bersiap bagai, dgn kawan meols. Masuk dewan tu kan, nak duduk.
Dtg si kerak gundu ni, toleh2 blkg, lepas tu ckp kuat2
"Eh, kenapa semua org galak bersiap semua make up bagai ni? Aku pakai biasa je ni kot"

Hanjing, kau nak berkerak, kau sorang dahla berkerak. Nih org bersiap lawa, kau rengsa Dahla gundu
Semenjak ittew, meols pangkah dia besar2 yach
Quote stingerbumpy 19-9-2022 10:10 PM
msdummy.2018 replied at 19-9-2022 08:54 PM
Rakyat jelata mmg mcm tuh uolsss..cuba kalo si FA tuh masuk gv...kalo xmasuk final cnfirm dikata jur ...


Tak ada kemaluan nak offer diri masuk kewww si kayu kejong itewww?

Kahkahkahkahkahkah
Quote tobobon 19-9-2022 10:20 PM
Edited by tobobon at 19-9-2022 10:24 PM
Carcosa replied at 19-9-2022 09:08 PM
Bahahhaha. Takde Acik meols ada history gicheww dgn si kerak ni
Meols pegi tgk rancangan apa ...


Akhirnya.....ingatkan meols sorang ja yang terbaca komen pangkah acik dina...rupanya chuolsss   

Anyway, to be honest, orang just enjoy2 saja suara sedap bob dengan dina neh...especially kalau competition2 neh..tapi tula ..lepas habis competition.. semua pun x peduli sangat..org kata depa ni xde X factor..contoh mcm bob tu asal keluar tv menyanyi jer org ckp sedap sangat suara...tp  heols masih haus dlm industri seni
Quote noor2 19-9-2022 10:27 PM

[youtube]2xEmbwKtYNA[/youtube]


Sedap suara Jac ni

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.042554 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top