CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mudah Kesian, Terlalu Mudah Percaya- Atu Zero Rugi Berpuluh Ribu Ringgit Ditipu Scammer Minta Wang

19-9-2022 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1093| Komen: 2

Disebabkan rasa kasihan dan terlalu mudah percaya pada orang, pelawak Atu Zero mendedahkan pernah mengalami kerugian puluhan ribu ringgit akibat perbuatan scammer yang meminta wang di laman sosial.


Menurut Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, 30, hatinya mudah tersentuh jika ada mana-mana pihak yang meminta bantuan disebabkan kesukaran hidup terutamanya apabila melibatkan seorang anak kecil.

Foto: IG

“Saya dah banyak kali kena scam. Kalau ada yang hantar gambar anak dan beritahu hidup susah memang saya akan terus beri bantuan. Hati saya lemah bila tengok gambar kanak-kanak.

“Rasanya kalau dikira-kira sudah puluhan ribu ringgit saya kena tipu. Saya sedar apabila isteri juga menerima mesej sebegitu dan cara mereka mereka meminta bantuan sama sahaja,” katanya kepada mStar.




Atu memberitahu dia akan menerima mesej meminta bantuan setiap kali dia memuat naik gambar atau video melakukan kerja-kerja amal di media sosial.

Justeru disebabkan itu, dia memilih untuk jarang berkongsi sebarang aktiviti harian kerana bimbang ada pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap dirinya.



“Isteri selalu cakap untuk kongsi apa sahaja aktiviti di media sosial. Bukannya untuk menunjuk tetapi sekadar berkongsi dan mungkin boleh jadi satu pengajaran kepada orang lain.

“Tetapi apabila saya kongsi, banyak pula terima mesej meminta bantuan dari orang yang tidak dikenali dan mungkin juga mereka adalah scammer,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Atu kini terlibat sebagai salah seorang mentor dalam program terbaharu Raja Lawak Awesome yang bersiaran di saluran Awesome TV pada setiap hari Rabu pukul 9 malam.



Seronok dapat berkongsi ilmu dengan pelapis baharu dalam dunia persembahan, Atu bagaimanapun berharap mereka dapat mencari idea dan peluang sendiri apabila mula melibatkan diri dalam industri seni nanti.

“Bukan sahaja mengajar mereka, saya juga dapat belajar sesuatu yang baharu daripada mereka apabila berkongsi ilmu. Saya gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk turunkan ilmu sebab sekarang ini kita semakin hilang pelapis dalam dunia lawak.



“Bagaimanapun saya tidaklah berikan semuanya sebab mereka juga akan jadi pesaing satu hari nanti. Biarlah mereka cari idea dan peluang sendiri suatu hari nanti,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 19-9-2022 04:44 PM
Betul la kdg2 iols dok baca gak komen ig retis, confirm ada yg merintih minta bantuan susu, makan anak. Nak je iols nasihat jangan beranak, pandai2 la rancang. Susah nak percaya skg sbb nak salahkan kobid pun ekonomi dah mula rancak, kerja ada kalau nak
Quote supernaturalee 19-9-2022 05:16 PM
heols ni ada iras2 bruno mars
klu potong rambut style bruno confirm wangi

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.052299 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top