CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Diusir Ibu Mentua Selepas Buat Laporan Polis Anak Dirogol Suami Sendiri

19-9-2022 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1250| Komen: 3

KOTA BATU: Seorang ibu kepada lima orang anak diusir dari rumah oleh suami dan ibu mentuanya selepas dia membuat laporan polis berikutan anaknya dirogol oleh suaminya.


Anaknya yang dirogol itu merupakan hasil perkahwinan dengan suami pertama sebelum dia dikurniakan empat lagi cahaya mata dengan suami terkini.

Selepas dihalau dari rumah, wanita tersebut yang berusia 37 tahun tinggal di sebuah bilik sewa bersama lima anaknya dengan yang paling kecil berusia lima tahun.

Wanita itu menceritakan, dia berkahwin dengan suami keduanya ini sejak tujuh tahun lalu dan sepanjang perkahwinan, dia sering dikasari suaminya sehingga takut untuk membuat laporan polis.


Gambar Hiasan


“Banyak gigi saya sudah patah kerana sering dipukul oleh suami dan saya berasa takut untuk membuat laporan ke pihak berkuasa kerana bimbang akan dipukul lebih teruk.

“Namun, kesabaran saya akhirnya memuncak apabila anak sulung saya menjadi mangsa rogol suami sendiri. Apa salah anak saya sehingga dia diperlakukan begitu?” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Jelas wanita tersebut, anaknya diperkosa suaminya selama empat tahun sejak mangsa berusia 12 tahun.

Kes itu hanya terbongkar selepas mangsa memberitahu ibunya bahawa dia sering dicabul dan dirogol oleh bapa tirinya ketika tiada orang di rumah atau waktu malam.

Sehubungan itu, wanita tersebut membuat laporan polis terhadap suaminya pada 24 Ogos lalu, namun terpaksa menarik balik laporan itu selepas ditekan keluarga suaminya.

Lebih parah, tidak lama kemudian, wanita itu diusir dari rumah oleh suami dan mentuanya.

“Jiran tetangga banyak membantu saya dan anak-anak. Mereka sering menghulurkan duit belanja dan makanan kepada kami.

“Saya mahu segera mendapat kerja bagi menampung keperluan anak-anak, terutamanya persekolahan mereka,” ujarnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote n3ar 19-9-2022 04:07 PM
yg g tarik balik laporan kenapa... ngok, takut sangat
Quote tri-max 19-9-2022 04:30 PM
1st baca macam Kota Bharu, tetiba baca plak kompas.com
apahal pulak akak ni dari kelantan gi report kat sokabar negara leluhur friska
bila sel2 otak bersambung, ooo rupa nya Kota Batu

dah malas nak komen, biar bik friska yg jawab
Quote copy_paste 19-9-2022 04:43 PM
n3ar replied at 19-9-2022 04:07 PM
yg g tarik balik laporan kenapa... ngok, takut sangat

kan,benggong namanya tu, x kesian kat anak,mmg padan la kena halau ibarat mcm dia mereka cerita

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.656468 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top