CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

55 Bateri Ditemui Dalam Perut Wanita 66 Tahun

19-9-2022 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 877| Komen: 7

Seorang wanita menggemparkan pihak hospital susulan penemuan berpuluh bateri di dalam perutnya.

Sebanyak 55 bateri ditemui di dalam badan seorang pesakit wanita berusia 66 tahun.


Perkara itu didedahkan oleh pegawai perubatan di Hospital Universiti St. Vincent di Dublin, Ireland.

Penemuan itu dibuat selepas imbasan X-ray mengesan objek asing di dalam badannya.

Foto: Irish Medical Journal

Live Science melaporkan wanita itu bagaimanapun bernasib baik kerana tidak ada yang menghalang saluran gastroususnya, maka doktor berharap ia akan dilepaskan secara semula jadi.


Menurut laporan dalam Jurnal Perubatan Ireland, wanita itu berjaya mengeluarkan lima bateri AA pada minggu pertama, tetapi selebihnya tersekat.

Wanita itu kemudian mengalami kekejangan otot, dan doktor menyedari perutnya mengalami masalah berikutan berat bateri.

Susulan itu, pakar bedah mengeluarkan 46 daripada baki bateri, sekali gus menyaksikan empat biji masih terperangkap dalam saluran ususnya.

Sementara itu, The Huffington Post melaporkan doktor melakukan satu prosedur ke dalam rektum pesakit untuk mengeluarkan bateri dari dubur.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan bateri yang dia termakan kepada adalah 55 bateri AA dan AAA.

Walaupun kejadian itu menimbulkan tanda-tanya, laporan mengingatkan bahawa menelan bateri boleh membahayakan nyawa.

"Kemasukan bateri silinder itu akan mengakibatkan pembedahan kecemasan akut yang tidak boleh dipandang remeh," menurut laporan itu. - CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mummy_Shark 19-9-2022 03:59 PM
Pelik2 diaorg kt sana bateri pon kau telan
Quote Highflyer19 19-9-2022 06:10 PM
Nk caj bateri ingat EV kot…
Quote CiliPadiSedap 19-9-2022 07:21 PM
kiranya tak semua benda makan akan tukar jadi tahi ye?  minum susu pisang jahlop mungkin akan lawas bateri
Quote dua_chzy 19-9-2022 07:23 PM
Mungkin dia harap boleh mati dok telan2 bateri tapi ajaibnya, tak mati2. Ashraf Sinclair yang fit sihat walafiat tak gundu la pula mati lebih awal. Kepelikan dunia.
Quote FOTHER-MUCKER 19-9-2022 07:29 PM
Jikalau ikut kepercayaan mesti kena ilmu hitam.
Quote Carcosa 19-9-2022 08:18 PM
Kau ingat kau tabung kucing yg lambai2 orang kat kedai tu ke, kak??
Letak battery dlm tu, baru boleh lambai?
Quote matchstick 19-9-2022 08:20 PM
Dia ingt bateri tu boleh bagi tenaga ganti makanan ke

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046931 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top