CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Take Care, Doa Banyak-Banyak,"-Rossa Sera Kongsi Video Hantar Shuk Sahar Pergi Umrah

19-9-2022 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1684| Komen: 3

Sehingga kini status rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya iaitu Rossa Sera terus menjadi tanda tanya ramai pihak.

Kedua-duanya masih kunci mulut mengenai status hubungan mereka sama ada masih bersama atau sudah berpisah selepas dikatakan berantakan akibat kehadiran orang ketiga.

Bagaimanapun perkongsian terbaharu Sera atau nama sebenarnya Rossalenah Natassyaih Asshaferah di laman Instagram seakan-akan memberi bayangan hubungan mereka masih berjalan baik.




Menerusi satu video yang dimuat naik di Instastory, Sera merakamkan momen Shuk bersama anak-anak semasa menghantar pelawak itu mengerjakan ibadah umrah, baru-baru ini.


Dalam perkongsiannya itu, Sera turut menitipkan pesan supaya Shuk memperbanyakkan doa dan berharap menjadi seorang bapa terbaik buat anak-anak mereka.





"Jaga diri, doa banyak-banyak di sana (Makkah) jadi ayah yang baik," tulisnya.




Dalam pada itu, Sera juga turut berkongsi kembali video memperlihatkan Shuk sedang berbual dengan anak-anaknya menerusi panggilan video.

Untuk rekod, Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu namun status rumah tangga mereka masih meninggalkan tanda tanya.






Pasangan ini berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 19-9-2022 04:20 PM
dah cerai

itu bapak anak2 dia. i'm sure dia nak jaga hubungan dengan shuk sebagai bapak anak2 dia sebab shuk kasi nafkah
Quote LadyCarefree 19-9-2022 04:23 PM
Boleh start dengan lupakan IG dan segala medsos serta camera dan phone lah kalau serious nak lupakan sekejap urusan dunia masa kat sana. Kalau bebetullah nak buat. Setakat doa je watper. Kalau nak tuhan intervene kang dia coma kan hang pulak baru betul lupa urusan dunia terus.
Quote AWEKSAMURAI 19-9-2022 07:11 PM
rayna_raynes replied at 19-9-2022 04:20 PM
dah cerai

itu bapak anak2 dia. i'm sure dia nak jaga hubungan dengan shuk sebagai bapak anak2 dia s ...

Betul dh cerai sbb shuk kat podcast Singapore dia ada ckp ex wife

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.043169 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top