CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tak Bermasam Muka Dengan Tok Ram-Ramai Puji,Suka Cara Elly Mazlein Mengacara Ganti Jihan Musa

19-9-2022 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7626| Komen: 59

Penampilan pengacara Elly Mazlein di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sekali gus menepis dakwaan kononnya dia masih berselisih faham dengan salah seorang juri iaitu Datuk Ramli MS.


Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, apa yang berlaku antaranya dengan pengarah muzik itu adalah kisah lama dan dia telah memohon maaf berhubung isu berkenaan.

Foto: IG

"Alhamdulillah, hubungan saya dengan Tok Ram (Ramli) baik-baik sahaja. Sampai bila kita nak bermasam muka. Semua masalah ada jalan penyelesaian.

"Saya dahulu yang minta maaf kepada Tok Ram dan sekarang ini kami dah boleh bergurau," katanya kepada mStar.


Elly menjelaskan mengenai perkara itu ketika minggu pertama GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.



Sebelum ini Elly yang merupakan bekas peserta GV musim ketiga, pernah meluahkan rasa tersinggung dengan komen yang diberikan oleh Ramli sehingga membuatkan dia mahu mengambil keputusan menarik diri daripada program berkenaan.

Berkongsi pengalaman mengacarakan program untuk musim ini, Elly mengakui bimbang menerima komen balas penonton.

Dia bagaimanapun berusaha melakukan tugas tersebut dengan baik kerana kerjaya ini merupakan salah sumber pendapatan buatnya.



"Syukur kalau ada yang suka. Apa yang paling dirisaukan ialah penerimaan orang. Walau bagaimanapun bila diberikan tanggungjawab, saya cuba untuk berikan yang terbaik.

"Sebab itu pun periuk nasi kita. Macam kita dalam sebuah kelaslah. Kalau nak dapat nombor satu, kita kenalah buat homework lebih dan sebagainya," ujarnya.

Mengakui gandingan Nabil dan Jihan sangat baik sepanjang lapan musim sebelum ini, Elly bagaimanapun berkata dia tidak mahu terikat dengan cara penyampaian sama dan mahu tampil dengan gaya tersendiri.


Loading FB Post...

"Memanglah saya rasa gementar sehingga rasa nak pitam. Kita semua sudah tahu bagaimana Jihan dan Nabil sebelum ini cukup serasi sebagai pengacara program ini.

"Saya akan kendalikan GV9 mengikut cara sendiri selain kemahuan program ini.

"Kita sedia tahu progres GV dari musim pertama hingga kelapan. Saya anggap amanah itu sebagai sesuatu yang berat sebenarnya terutama apabila memikirkan untuk mengekalkan momentum GV itu sendiri," jelasnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di media sosial, rata-rata penonton memberikan respon positif dan suka dengan cara pengacaraan Elly.

Malah, ada yang berpendapat gandingan Elly bersama Nabil dilihat serasi walaupun baru sahaja minggu pertama bersiaran.

GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria pada setiap Ahad pukul 9 malam.

Untuk musim baharu ini, sebanyak 13 peserta bersaing iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Dina Nadzir, Bob Yusof, Roy Kapilla, Cat Candy, VE.

Selain itu, Haida Hasnan, Fuad Rahman, Tom, Asheed Def Gab C dan Hazrul Nizam. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 19-9-2022 01:32 PM
Apa sbnrnya yg Tok Ram kritik dia dulu sampai dia left the program?
Teruk sngt ke?
Sbb GV3 meols tak ikut sangat, sbb yg masuk semua senduuuuu
Quote hyie 19-9-2022 01:51 PM
kerlas reputz ala2 nama2 retis yang bawah2 tu paling favorite untuk tersingkir awal katanya
Quote sukacactus 19-9-2022 01:58 PM
Hilang ngantuk aku tgk keletah dia smlm…very energetic!
Quote bulalof 19-9-2022 02:01 PM
demi sesuap nasi....perlu jadi hipokrit.
Quote ezacbee 19-9-2022 02:03 PM
Edited by ezacbee at 19-9-2022 03:21 PM

Tak prasan lak dia penah tarik diri.. Lagu Perawan Atau Janda ke?


Quote flipolivio 19-9-2022 02:10 PM
dia gaduh apa dgn tok ram dulu?
Quote mizruncing 19-9-2022 02:15 PM
org kata dia byk drama kan dlu. padahal dah la baru cerai. laki kena rampas pulak masuk GV kena plak dpt lagu yg mmg kena btg hidung
Quote rosannazmia 19-9-2022 02:18 PM
bulalof replied at 19-9-2022 02:01 PM
demi sesuap nasi....perlu jadi hipokrit.

Ye ke chuolssss???
Quote nicolebaby 19-9-2022 02:20 PM
sheols okay...but maybe tone down a bit....sebab on the verge of being over gittew.
Quote tobobon 19-9-2022 02:22 PM
tp meols tengok masa rancangan lepas gv....vass gv tu helok jer sheols jadi pengacara jawab soalan...xdela tergedik2 mcm semasa dlm gv
Quote 3chanceno 19-9-2022 02:29 PM
Letih meols tengok kepom nie semalam  dah lah rancangan tu lama pasal ep 1 dengan dia 'terover' nau..energetic yea tapi ada part cam terover  

Apa2 pun kepon dah kurus & muka pun ada nampak beza sikit...
Quote September14 19-9-2022 02:47 PM
Tgk kat fb pun bnyk cter pasal kepom…
Quote razzia 19-9-2022 02:56 PM
cantiknya kak kepon lepas dh selim melim. i,nampak muda
Quote KamikuP 19-9-2022 03:05 PM
Apa citer dia gado manja ngan tokram cer kabo
Quote surih07 19-9-2022 03:08 PM
Hahah kejiss bambil bahan kaklina psl tarik diri
Quote beatgirlX 19-9-2022 03:14 PM
First episode harus la energetic..haha..masuk musim 5-6.. entah la
Quote casper2022 19-9-2022 03:46 PM
ok je kak kepom. cuma nabil ada tegur bab pakaian. dia ckp nabil dh elok bertutup. mgkin baju tu luas sgt bhgian depan. Ms pc kak kepom cover dgn tisu.
Quote imanjannah 19-9-2022 04:01 PM
aku enjoy je dgn kak Lina malam tadi, biar Nabil tahu, cuma next week dan minggu seterusnya.. mohon kurang hyper dan nyanyi.. minggu 1st ok lagi la..
Quote olezzeli17 19-9-2022 05:57 PM
Lawak dan happening tu dah ada. Tapi kalau boleh jangan la terlalu banyak terlentok2 yg tak berapa nk perlu tu. Pastu takyah la setiap lagu yg disebut, or setiap kali nk perkenalkan peserta yg nk perform seterusnya , kak Lina pun nyanyi jugak.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042245 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top