CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Sanggup Tolak Job- Tak Nak Berjauhan Dengan Yonnyboii, Seksa Tahan Rindu

19-9-2022 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4278| Komen: 38

Walaupun sudah hampir setahun bergelar suami, penyanyi rap terkenal Yonnyboii mengakui tidak sanggup menanggung rasa rindu sekiranya berjauhan dengan isteri tercinta, Nik Nazira Narriman dalam tempoh yang lama.


Pemilik nama lengkap Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, itu berkata, sepanjang mendirikan rumah tangga bersama Nazira, mereka tidak pernah berjauhan apatah lagi merasai rindu antara satu sama lain.

Foto: IG

Katanya, dia turut menganggap tempoh rumah tangganya masih dalam fasa berbulan madu.

“Setakat ini kami tak pernah berjauhan. Dia akan mengikut dan menemani ke setiap lokasi kerja saya. Saya juga melalukan hal sama terhadapnya.


“Bukan tak mahu berenggang tetapi belum bersedia untuk melalui rasa rindu terhadap pasangan. Kami selesa begini dan rumah tangga pun tak sampai setahun, saya anggap masih dalam tempoh berbulan madu,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.



Kongsi pelantun lagu Sakit itu, Nazira juga turut menerima tawaran berlakon dan sebagai suami, dia akan memberi sokongan penuh isterinya.

“Selain kerjanya sebagai pempengaruh media sosial, dia juga ada terima tawaran berlakon.




“Saya sokong kariernya dan bangga dengan setiap apa yang dilakukannya.

“Sebenarnya sebelum ini dia ada juga terima tawaran berlakon drama tetapi menolak kerana kami sama-sama tak mahu rasa rindu. Dia utamakan saya,” ujarnya.



Katanya lagi, rasa tidak mahu berenggang dengan isterinya juga kerana ingin menghabiskan masa sepenuhnya bersama sebelum kehadiran orang ketiga iaitu anak.

“Masih belum ada khabar gembira tetapi sebelum ada anak inilah, kami habiskan masa bersama, berkepit setiap masa.

“Soal anak, kami berserah dan jika ada rezeki, Alhamdulillah,” katanya lagi.




Terdahulu, Yonny dan Nazira mendirikan rumah tangga di sebuah premis perkahwinan di Ampang, Kuala Lumpur pada 20 November tahun lalu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 19-9-2022 12:18 PM
yela mmg laki ko terpaling hensem pon kiki
Quote Kepot 19-9-2022 12:28 PM
TAK NAK SEBAB RINDU.
LAKI KORANG DA?
Quote MisXoXo 19-9-2022 12:53 PM
Bgslah drpd berkepit dan terbabas.baiklah ada ikatan.gomollah puas2 dik.xda org bising.enjoy ur life
Quote Perawankota 19-9-2022 01:02 PM
Satu je aku respect, sebab dorg ni nak kawen awal.. Lain2 tu lantok la
Quote dudaberhias 19-9-2022 01:05 PM
muka macam jebon mix tempe berbulu pun ada ye cikki rindu sampai tahap macamtu...
kalau kaka isteri heshe... kaka akan lagi rindu nak dia pergi dari rumah atau pergi kerja agittuhhh...
macam madu komisyen menanti ikan kering sabah pergi rumah madu 1st sambil kira duit kepuk2...
Quote Lavender_Violet 19-9-2022 01:11 PM
Huntong la yonny boi.....
Quote hashashes 19-9-2022 01:11 PM
Ermmm too much pda
Quote pocongkiutss 19-9-2022 01:15 PM
Napela wife dia suka kaler2 rambut warna pelik2..cam huduh je..huhu

Tp bagus la Yonniboi ni ajak kawin kan..alang2 dh suka..halalkan saja
Quote shernazz 19-9-2022 01:17 PM
Tapi okay la tu
Mmg laki bini kalau jauh kejap2 kan rindu..
Musti nak videocall bagai...aum.
Quote Redmyvi 19-9-2022 01:20 PM
Tajuk kemain menggelikan.. Young couple biasala.. tengah bhgia..
Quote anony-mous 19-9-2022 01:40 PM
dudaberhias replied at 19-9-2022 01:05 PM
muka macam jebon mix tempe berbulu pun ada ye cikki rindu sampai tahap macamtu...
kalau kaka isteri  ...

Kejamnya komen ni klau ada leak video mesti kaka xmau tgk kan?

Klau patah-pajura xgeli sgt. Tp lawa la wife sheol sejak free hair ni
Quote jalfa 19-9-2022 01:45 PM
Wife dia mcm korean .tak pe la dik...x hensem tak.pa..janji baru menang aim ada beberapa ratus k
Quote sukacactus 19-9-2022 02:08 PM
Biarla diorang nak berkasih syg
Xnak berenggang je kan, bknnya beromen dpn org pun
Quote bulalof 19-9-2022 02:11 PM
patutlah yonniboii dpt ilham lagu2 yg best...

rezeki org baru berumah tangga.
Quote Riz_one 19-9-2022 02:13 PM
cehhh podahhh
Quote alieyrina 19-9-2022 02:22 PM
Biar betul nik nazira nihh
Quote rosannazmia 19-9-2022 02:22 PM
dudaberhias replied at 19-9-2022 01:05 PM
muka macam jebon mix tempe berbulu pun ada ye cikki rindu sampai tahap macamtu...
kalau kaka isteri  ...

Banyak isi tersurat dan tersirat dlm komen dek dudes..
Quote AcikBuncit 19-9-2022 03:41 PM
Aritu bkk tdung je. Pastu makin seksi. Ke mmg seksi bini dia ni dr dlu? Kemain panas farm in the city tu acik g belemuih ketiak. Cmane ko leh pakai bju ootd kt sne. Respek hahahaha
Quote codenamedream 19-9-2022 03:49 PM
AcikBuncit replied at 19-9-2022 03:41 PM
Aritu bkk tdung je. Pastu makin seksi. Ke mmg seksi bini dia ni dr dlu? Kemain panas farm in the cit ...

Bini dia mmg seksi dulu. Pastu bertudung time ramai hijabi instafmous. X sampai setahun pin sheols bertudung.
Sekarang dia kembali ke asal dia sebab somi dia  x kisah dia bertudung ke tidak.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.035876 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top