CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas 20 Tahun Baru Rasa Sakit Perut, Doktor Tertinggal Kain Kasa Dalam Perut Wanita

19-9-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 746| Komen: 2

WASHINGTON – Doktor berjaya mengeluarkan gumpalan kain kasa daripada badan seorang wanita selepas ia ditinggalkan secara tidak sengaja semasa pesakit itu menjalani pembedahan usus, lapor akhbar New York Post.


Kajian kes mengenai prosedur pembedahan wanita itu diterbitkan pada Julai lalu dalam Jurnal perubatan Cureus.

“Pesakit kekal tanpa gejala selama 20 tahun walaupun terdapat kehadiran benda asing yang agak besar di dalam rongga perutnya,” tulis penulis kajian kes itu.

Kejadian itu berlaku apabila pesakit berusia 65 tahun yang menghidap sejenis kanser dipanggil adenokarsinoma mukosa genetik, menjalani beberapa pembedahan pada tahun 1999.


Foto: Jam Press


Pesakit yang identitinya tidak didedahkan itu menjalani gastrectomy (pembedahan membuang sebahagian perut) dan epiploectomy (pembedahan buang lapisan tisu pada organ) sebelum menjalani kemoterapi.

Sebelum diisytiharkan bebas kanser, pakar bedah secara tidak sengaja meninggalkan sesuatu semasa pembedahan.

Pesakit berkenaan tidak menyedari perkara itu sehingga 20 tahun kemudian apabila mengalami sakit perut yang teruk selama dua hari, demam, berpeluh pada waktu malam dan bengkak pada pehanya.

Pesakit itu turut mengalami anoreksia (gangguan makan) yang tidak dapat dijelaskan menyebabkan dia hilang berat badan sebanyak 7.7 kilogram (kg), lebih 10 peratus jisim badannya.

Setelah menjalani ujian ultrasound di hospital, doktor menemui gumpalan kain kasa di dalam perutnya. Mereka percaya ia ditinggalkan di dalam usus semasa pembedahan lebih dua dekad lalu. 

Pakar-pakar bedah berjaya mengeluarkan kain itu tanpa sebarang halangan. 
– CARI
Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 19-9-2022 12:13 PM
so kalau ada bendasing xdela bhaya sgt. 20 tahun kendian baru sakit okayla tu
Quote Highflyer19 19-9-2022 06:17 PM
Dh lama baru meninggalkn kesan…

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.070808 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top