CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Cincin Hidung Hilang Lepas Bangun Tidur, Rupanya Dah 5 Tahun 'Terbenam' Di Paru-Paru

19-9-2022 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1070| Komen: 6

WASHINGTON – Seorang lelaki di Ohio, Amerika Syarikat (AS) yang hilang subang hidungnya pada waktu malam berasa ngeri apabila mendapati barang kemas itu berada di dalam paru-parunya selama lima tahun, lapor akhbar New York Post. 


Joey Lykins, 35, menceritakan pengalaman pahitnya itu kepada agensi berita Kennedy News.

“Doktor berkata saya memenangi ‘anugerah kes terbaik malam itu’. Saya tidak pernah mendengar perkara seperti itu berlaku sebelum ini,” katanya.


Foto: Kennedy News and Media

Kejadian itu bermula lima tahun lalu selepas penduduk bandar Cincinnati yang mempunyai 12 tindikan itu hilang subang hidungnya selepas bangun tidur.


“Saya tersedar dan tindikan saya hilang selain tidak menemuinya di mana-mana. Saya telah memakainya selama tiga atau empat tahun.

Selepas gagal mencari cincin itu, Lykins akhirnya berputus asa dan menggantikan perhiasan lain pada hidungnya.

Dia akhirnya terlupa mengenai kejadian itu sehinggalah beberapa minggu lalu apabila mengalami batuk yang kuat setiap kali tersedar daripada tidur pada pukul 2.30 pagi (waktu tempatan).

Lykins pada mulanya menyangka dia menghidap radang paru-paru atau penyakit pernafasan lain.

Keputusan ujian X-ray mendedahkan bahawa cincin itu tersepit di lobus bahagian atas paru-paru kirinya.

Lykins percaya bahawa cincin itu terjatuh daripada hidungnya ketika dia tidur dan ia beralih ke saluran leher dan berakhir dalam paru-parunya.

Dia dirujuk kepada pakar tiga hari kemudian untuk pembedahan. Doktor menjalankan bronkoskopi dengan menyalurkan tiub nipis ke dalam paru-parunya untuk mengeluarkan subang  itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 19-9-2022 12:12 PM
okaylah tu akhirnya jumpa xdelah da misteri
Quote plywood 19-9-2022 12:15 PM
bahayanya .. boleh pulak tahan tak disolve dalam cecair paru-paru
Quote supernaturalee 19-9-2022 12:21 PM
gmbr ms benda tu kt hidung ada x

Quote Perawankota 19-9-2022 01:08 PM
Seremmm aku bayangkan..
Quote Highflyer19 19-9-2022 01:58 PM
Lama jugak tu...
Quote sofea86 19-9-2022 08:25 PM
Mak ai seram...tkt plak nk pakai cincin

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.109859 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top