TUMPAT: Ejen jualan kosmetik dari negeri ini, Rosnazirah Mohd Naim yang didakwa dilarikan sekumpulan lelaki ke Thailand, berkemungkinan sudah dibawa lebih jauh hingga ke Bangkok ataupun sempadan Thailand-Myanmar.
Menurut sumber pihak berkuasa Thailand, pasukan polis negara jiran itu tidak menolak kemungkinan berkenaan dan giat meneruskan operasi 24 jam untuk mengesan wanita berusia 36 tahun itu. Katanya, pencarian itu dilakukan di banyak premis, termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat yang dikenal pasti berpotensi dijadikan tempat persembunyian oleh suspek. "Sejak hari pertama kehilangan mangsa lagi, kami telah menjalankan operasi mengesan 24 jam tetapi setakat ini, pencarian belum berhasil.
"Serbuan sudah dilakukan di semua premis yang berpotensi dijadikan tempat persembunyian, termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang Selasa lalu, mangsa diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini, oleh sekumpulan lelaki. Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios, dan terdapat penduduk mendakwa melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand. Kereta terbabit kemudian ditemui kira-kira jam 10 malam hari sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor. Susulan itu, polis menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita yang berusia 35 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.-CARI Sumber: Berita Harian
|
KamikuP replied at 19-9-2022 10:56 AM
Nak tiru Breaking Bad tapi dapat Brreaking Bad versi Kelantam
tomiko_haza replied at 19-9-2022 10:40 AM
semoga selamat la azi nih..angkara laki, bini plak yg menanggung azab
td baca kt paper katanyeh ni t ...
ayukpingu replied at 19-9-2022 10:36 AM
apa la nasib dia kat sana
memikirkan dh dalam tangan thailand dan vietnam, apalagi karte ...
ADVERTISEMENT