Penyanyi, Datuk Awie yang juga juri tetap pertandingan Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) berharap agar finalis peringkat akhir program itu tidak menampilkan lawak tentang keagamaan, mengumpat serta mengeji dan 'body shaming' sebagai bahan jenaka.
Menerusi laporan mStar, Awie berharap perkara itu tidak sepatutnya berlaku selain menganggap peserta ketandusan idea sehingga terpaksa menggunakan elemen itu sebagai bahan jenaka.
"Cukuplah! Saya tak sangka mereka 'main' lagi minggu ini. Saya rasa mereka sudah ketandusan idea, mungkin boleh buat lagi bagus. Tak payah lagi sentuh isu body shaming, keagamaan, mengumpat atau mengeji dalam persembahan.
"Dah terlepas satu, dua minggu cukup. Jangan ada pengulangan lagi jika orang lain persembahkan sesuatu kisah. Dia jadi macam tumpang, tak best," katanya.
Awie berkata, demikian sebagai mengulas persembahan peringkat separuh MLS3 yang berlangsung pada malam Jumaat.
Pada pertandingan itu, empat kumpulan mara ke peringkat akhir iaitu Ubi, Cili, Bahroy serta Ood yang akan berlangsung pada 23 September ini.
Manakala kumpulan Arteh yang juga anak kepada pelawak Allahyarham Mr Os iaitu Mohamad Hazwan Mohd Yusof dan Mohamad Hafizul Mohd Yusof tersingkir daripada melayakkan diri ke peringkat akhir.
Dalam pada itu, Awie berharap peringkat akhir nanti kumpulan yang layak akan menjuarai pertandingan itu berdasarkan penilaian juri dan bukannya disebabkan undian penonton.
"Kita mengharapkan penjurian berdasarkan markah juri tetapi kena ingat kita ada 25 peratus undian daripada penonton. Kami melihat usaha, kesungguhan selain bahan yang dipersembahkan.
"Sekiranya orang luar lebih mengatasi penjurian juri profesional, maka kami tidak boleh buat apa-apa tapi kami tahu siapa bagus, siapa patut bergelar juara dan sebaliknya," kata Awie. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
iols dah stop tengok apa apa berkaitan dengan pertandingan lawak kat warna ni. balik balik lawak pasal shaming orang, shaming ahli group yang ada kekurangan, bahan juri / hos, buat lawak bodoh macam ketuk kepala member group, paling tak leh brain lately bawak cerita sedih naik pentas.