U Iqbal Zulkefli mendedahkan dia pernah dinasihatkan untuk mengambil tindakan undang-undang apabila sejak akhir-akhir ini namanya selalu dijadikan bahan jenaka oleh pelawak ketika mengadakan sketsa atau persembahan pentas dalam sesebuah pertandingan.
Memetik laporan mStar, Iqbal, 28, berkata saranan itu diberikan oleh peguamnnya kerana tindakan tersebut adalah menjatuhkan maruahnya bagaimanapun, dia enggan berbuat demikian.
"Kalau ada selebriti mahu jadikan saya sebagai content, saya langsung tak kisah. Ramai minta saya saman, bahkan peguam pun minta saya buat perkara sama tetapi saya kata jangan.
"Mereka semua akan jadi kawan saya nanti," katanya yang turut berjinak-jinak dalam bidang nyanyian dan lakonan.
Iqbal berkata sedemikian ketika menjawab salah satu pertanyaan diajukan pengikutnya menerusi ruangan 'Ask Me A Question' di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Iqbal berkata, jenaka yang ditampilkan oleh sesetngah pelawak yang menggunakan dirinya sebagai bahan disifatkan sebagai sekadar persembahan pentas untuk menghiburkan penonton.
Bekas peserta Big Stage 2022 itu turut meluahkan hasrat untuk menyertai mana-mana pertandingan lawak sekiranya diberi peluang pada masa hadapan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
baguslah dia ni... kental... tak cepat koyak... tak kisahlah orang nak kata ape pun... dia rilex ajeee.... lainlah macam si sotong dgn mokcik mulut ikan emas tu