CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jadi Lebih Sihat, Muzik ‘Country’ Thailand Kunci Kejayaan Ternakan Katak

17-9-2022 08:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1212| Komen: 8

Seorang lelaki di wilayah Trang, selatan Thailand mengatakan bahawa muzik ‘country’ Thai atau ‘Luk Thung’ adalah kunci kejayaan untuk ladang ternakan katak, lapor laman berita Thaiger kelmarin. 


Katak ternakan bukan sahaja menyukai genre muzik itu tetapi menjadikan ia lebih sihat, kuat dan membesar lebih cepat, kata lelaki berkenaan.


Rit menggunakan radio untuk memasang lagu Luk Thung di kolam ternakan katak. - KhaoSod

Rit Lomkong, 72, menternak katak selama lima tahun dan mendakwa bahawa amfibia itu tidak boleh hidup tanpa Luk Thung. Katak-katak itu akan menjadi agresif apabila dia mematikan muzik.


Tanpa muzik ‘country’, katak-katak akan melompat dan keluar dari kolam, menyerang antara satu sama lain dan memakan sesama sendiri, katanya.

Sebaik sahaja muzik itu dimainkan, katak-katak peliharaannya  akan duduk diam, menutup mata dan tertidur. Muzik tersebut didakwa menenangkan haiwan itu.

Menurut Rit, penternak katak mampu menjana wang yang banyak. Dia menternak katak selama tiga hingga empat bulan sebelum menjualnnya. Rit memperoleh pendapatan berpuluh-puluh ribu baht daripada setiap generasi katak yang diternak di dalam 10 kolam ternakannya.

Kerja itu mudah bagi seorang lelaki tua kerana Rit tidak perlu meninggalkan rumah untuk menjual katak. Ramai pelanggan datang ke rumahnya untuk membeli katak ternakan.

Lelaki warga emas itu sudah menggunakan 10 radio untuk menternak katak dan baru-baru ini membeli lebih banyak peranti untuk diganti sekiranya rosak. 

Katak bakar adalah hidangan popular di seluruh Thailand. Bagaimanapun, keselamatan memakan daging katak masih diperdebatkan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 17-9-2022 10:13 PM
Kat Jalan ipoh ada satu kedai sup katak. Tiap kali lalu kt situ dgn kawan aku, aku selalu Tanya dia nak mkn tak.. Mesti dia marah, cakap aku tak respect makanan orang.. Hahahaha.. Tapi kedai tu selalu ramai orang..
Quote sambaldurian 17-9-2022 11:18 PM
tp lagu thailand bnyk gak catchy. semenjak zmn tiktok, bnyk gak lagu negara2 lain dengar mcm best,xde la asyik2 korea je. lagu thai aku minat skg ni sucat pelog boog
Quote Highflyer19 17-9-2022 11:41 PM
Katak tu msti minat dolly parton...
Quote sharlenetexas 17-9-2022 11:43 PM
Katak tu suka lagi sabai sabai tak?


Quote CiliPadiSedap 18-9-2022 07:55 AM
sharlenetexas: Katak tu suka lagi sabai sabai ...


[Youtube]nqZmz89ZB7E[/Youtube]

Dah tiba masa katak dengar lagu penyanyi nombor 1
Quote sharlenetexas 19-9-2022 12:00 AM
CiliPadiSedap replied at 18-9-2022 07:55 AM
Dah tiba masa katak dengar lagu penyanyi nombor 1

Katak pondan.


Quote Gingerly 19-9-2022 03:29 PM
Lembu Kelantan yg diperdengarkan alunan Alquran tersenyum sinis jah

Sesambil dapat hidayah kata sis @pooh~key



Quote pooh~key 19-9-2022 04:37 PM
Gingerly replied at 19-9-2022 03:29 PM
Lembu Kelantan yg diperdengarkan alunan Alquran tersenyum sinis jah

Sesambil dapat hidayah kata sis ...

Antara taufiq dan hidayah, akak ambik taufiq, sistah.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.320133 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top