Ibu kepada pengusaha kosmetik popular, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita mendedahkan yang dia kini sedang menanti rumah baharunya untuk disiapkan.
Menerusi gambar yang dikongsi, Bonda Rozita memberitahu yang kediaman dengan rekaan tradisional itu kini sudah hampir 80 peratus siap. “Saya tak ada kereta mewah Lamborghini, Ferrari tapi saya ada yang lebih mahal lagi iaitu ‘warisan yang legenda’ yang tak akan ada lagi selepas abad ini. Saya suka simpan gambar kenangan sebelum siap sampai dah siap. Nampak tak, lawa kan? “Sekarang superb cantik dah siap 80 peratus. Rumah ni sangat heritage. Ini gambar tiga bulan lepas. Beza sangat rumah ni dengan mana-mana rumah kayu saya yang lain,” katanya.
Menurut Bonda Rozita, tangga yang digunakan untuk kediamannya itu sangat berat, sehingga terpaksa diangkat menggunakan kren. Tambahnya, rumah tersebut mempunya beberapa bahagian yang turut digelar sebagai bahagian ibu dan anak. Rozita menganggarkan rumah lain yang bakal mengelilingi rumah berkenaan bakal siap sepenuhnya Jun tahun hadapan. Sumber: Gempak |
Nham22 replied at 17-9-2022 07:22 PM
Riak je la. Kerje nye..
Pastu anak beranak potong usus....
Aneem replied at 17-9-2022 10:06 PM
Dulu berniqob sebab muka rosak salah surgery.
Skrg potong perut, kemain overclaimed sbb puasa dan ma ...
ADVERTISEMENT