CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M Keliru Label Pas Kafir - Takiyuddin

17-9-2022 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1094| Komen: 4

Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan keliru apabila melabel Pas sebagai kafir berikutan parti itu menjalin kerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan.


Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bekas Perdana Menteri itu sebelum ini pernah menyatakan ada pihak yang mengkafirkan orang, namun sebaliknya yang diujarkan semalam.



Menurutnya, semua parti yang berkecimpung dalam dunia politik ini mahukan kuasa kerana dengan kuasa itulah boleh memberi perkhidmatan terbaik rakyat. 


“Setiap parti yang bertanding mempunyai matlamat untuk menang sekali gus membentuk kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan sama ada secara sendiri ataupun berkongsi kuasa.

“Pas pun mahu kuasa, kalau masuk pilihan raya untuk kalah, itu adalah parti ataupun individu yang tidak begitu waras kerana saja-saja nak masuk pilihan raya,” katanya selepas diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu mendakwa Pas kini adalah parti kafir berikutan tindakannya bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan semasa sidang media selepas Karnival Jualan Murah ‘Kota Bharu Prihatin’ di Gelanggang Seni hari ini.

Media semalam melaporkan, Dr Mahathir berkata, hingga kini Pas tidak menarik balik dakwaan yang dibuatnya suatu ketika dulu, bahawa orang yang tidak bersama parti itu adalah kafir, maka dengan tindakan kerjasama terbabit, ia menggambarkan bahawa mereka bukan lagi parti Islam. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 18-9-2022 10:20 AM
Ahlul paspispus dijamin masuk syurga katanya
Quote kakikuDibibirmu 18-9-2022 10:21 AM
Walauncai dan walaunkelentit tersenyum sinis
Quote Orix 18-9-2022 10:54 AM
Takde dalil yg terkeluar ke taki taki roombaa
Quote Kemaruk-Taikk 9-8-2023 01:50 PM
3x5..5x3…

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.195770 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top