CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sangka Berasmara Dengan Dua Lelaki Berbeza Melahirkan Kembar Berlainan DNA

17-9-2022 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3700| Komen: 28

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun melahirkan anak kembar terkejut apabila ujian DNA menunjukkan keputusan berbeza.

Difahamkan, remaja berasal dari sebuah bandar kecil di Goias, Portugis itu melakukan hubungan intim dengan dua lelaki pada hari yang sama. 

Dia kemudian mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA terhadap lelaki yang dipercayainya sebagai bapa kandung kepada anak kembar lelaki yang ketika itu berusia lapan bulan. 


Newsflash

Tetapi, hasil ujian mendapati keputusan positif hanya untuk salah seorang anak kembarnya, lapor Daily Star yang dipetik The Reporter. 


Sehubungan itu, dia teringat dirinya pernah melakukan hubungan intim dengan lelaki lain, lalu memanggil lelaki terbabit untuk melakukan ujian DNA dan keputusannya adalah positif bagi seorang lagi anak kembarnya. 

"Saya terkejut dengan keputusan ujian DNA. Saya tidak tahu bahawa perkara ini boleh berlaku dan wajah anak kembar saya juga sangat seiras," katanya. 

Bagaimanapun, sijil kelahiran hanya boleh didaftarkan ke atas nama seorang lelaki sebagai bapa kepada dua anak kembar itu, dengan ibunya. 

"Dia (suami) menjaga kedua-duanya, dia banyak membantu saya dan memberi sokongan yang diperlukan," katanya. 


Newsflash

Sementara itu, Doktor Tulio Jorge Franco yang membuat kajian terhadap kehamilan luar biasa berkata, kehamilan sedemikian berlaku apabila dua telur daripada ibu yang sama disenyawakan lelaki berbeza. Bayi berkenaan berkongsi genetik ibunya tetapi membesar dalam plasenta berbeza. 

"Kehamilannya adalah lancar tanpa sebarang komplikasi. Kedua-dua bayi lelaki itu dilahirkan sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. 

"Ia sangat jarang berlaku. Ia berlaku sekali dalam sejuta. Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan melihat kes seperti ini dalam hidup saya," katanya yang turut memaklumkan kembar itu kini berusia setahun empat bulan. 


Sumber: The Reporter

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 17-9-2022 04:51 PM
Rare. But not THAT rare. Occur in as many as one in 400 (0.25%) twin births in the US. Baru 1 negara,lom tempat len.
Quote CiliPadiSedap 17-9-2022 04:55 PM
boleh ye?macam durian kampung kacuk musang king.  
Quote JunkMail 17-9-2022 04:56 PM
Huntonglahhhh.. mengandung 2 anak sekali gus dari 2 lelaki berbeza.. jimat masa.
Quote Suchi 17-9-2022 05:11 PM
Mcm kucing plak, cemana ya. Takkan dia bersama serentak so air mani bercampur2 dan seri dlm perlumbaan lalu dedua menang mcm juara GV ada 2 juara.
Peliklaah…
Quote krustykrab 17-9-2022 05:15 PM
Suchi replied at 17-9-2022 05:11 PM
Mcm kucing plak, cemana ya. Takkan dia bersama serentak so air mani bercampur2 dan seri dlm perlumba ...

Maybe la 3some kot..
Quote kaedahnya 17-9-2022 08:02 PM
suami tu bapak salah sorang kembar tu or orang lain pulak
Quote matchstick 17-9-2022 08:10 PM
sporting betul suami dia..
Quote sukacactus 17-9-2022 08:57 PM
Uiii! Masa ovulation tu mesti gatal membuak2 kan
Skali 2 dia balun tu
Quote sharlenetexas 17-9-2022 09:10 PM
Kalau tiga lelaki, kembar tiga dna lain2.


Quote VespaSilbe 17-9-2022 10:40 PM
dulu kat Oprah Winfrey show pun ada cerita camni
kembaq 4 kut... Pun laki yg beza2.. anak semua rupa, kaler ngan rambut lain2.. ada rupa omputih, jepun, negro
Quote ashilalat 17-9-2022 10:43 PM
3some la tu...
Teringat gosip 3some retis tanahair
Quote aina_shaira 17-9-2022 10:45 PM
Birahnya ko dik, umur baru 19 tahun. Ops berita luar negara, jadi ummah forum tak kecam pun
Quote ninja9 17-9-2022 11:10 PM
Kejadian yang sangat jarang berlaku.. dikatakan cuma 20 kes seperti ini telah berlaku didunia.

Gadis itu telah melakukan hubungan dengan dua lelaki pada satu hari yang sama tetapi berbeza masa, bukan 3some



The 19-year-old collected DNA from the person who she thought was the father but, after two tests, the results only came back positive for one of the twins.
She then remembered that she had sex with a different man on the same day and when this second person took a test, it showed he was the second twin's father.

The phenomenon is scientifically named heteroparental superfecundation.

Speaking to Globo, her doctor Tulio Jorge Franco explained: 'It is possible to happen when two eggs from the same mother are fertilised by different men. The babies share the mother's genetic material, but they grow in different placentas.'

He emphasised that the case is extremely rare, and a 'one in a million' situation and he did not think he would see one like it in his life.


It has been claimed that there are only about 20 other cases in the world where this has happened.




Quote mbhcsf 17-9-2022 11:12 PM
the obstetrician tu  yg berasa teruja sebab dia melihat 1 kes in a million. ni macam kembar tak seiraslah, tak share pun placenta, logiklah.

hmm..dunia dan nasab kan?

Quote gigahertz 17-9-2022 11:15 PM
ninja9 replied at 17-9-2022 03:10 PM
Kejadian yang sangat jarang berlaku.. dikatakan cuma 20 kes seperti ini telah berlaku didunia.
Gadis ...

agaknya ni sebab perempuan muslim ada eddah
Quote Highflyer19 17-9-2022 11:43 PM
Unsangkarable...
Quote sharlenetexas 17-9-2022 11:44 PM
VespaSilbe replied at 17-9-2022 10:40 PM
dulu kat Oprah Winfrey show pun ada cerita camni
kembaq 4 kut... Pun laki yg beza2.. anak semua rupa ...

Sekali harung dapat international.


Quote edayildiz 17-9-2022 11:46 PM
mcm kucing..dulu uncle i ckp ank kucing bcampur dna bapak kucing i xcaya...
3 some la kot on dorg..ke acaner..blh ke ngesek ngn org berbeza hr yg sama...seram..br 19
Quote raxief 18-9-2022 11:07 AM
rasa mcm pernah baca, twin 1 black, 1 white..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048076 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top