CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangunan Telekom China 42 Tingkat Dibaham Api

17-9-2022 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1643| Komen: 7

Satu kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan pencakar langit setinggi 42 tingkat yang terletak di wilayah Hunan, China, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Pihak berkuasa bandar Changsha memaklumkan, api berjaya dipadamkan pukul 4.20 petang (waktu tempatan) semalam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.


SCMP/Weibo

Jabatan bomba Hunan berkata dalam satu kenyataan menerusi akaun Weibo rasminya bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 3.48 petang (waktu tempatan).

Api dan asap dirakam menjulang ke udara dari bangunan pejabat setinggi 218 meter itu yang merupakan Bangunan Telekom China.


Bangunan itu dilaporkan terbakar pada pukul 3.48 petang Jumaat (waktu tempatan). 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Changsha menghantar 36 jentera bomba dan 280 anggota bomba ke tempat kejadian.

Berdasarkan siasatan awal, pihak berkuasa mendapati dinding luar bangunan itu terlebih dahulu terbakar sebelum api merebak ke seluruh bangunan.



Rakaman video yang tersebar di media sosial semalam  menunjukkan api menyambar dan marak membakar bangunan pencakar langit itu, demikian menurut jabatan bomba.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 17-9-2022 03:18 PM
Seramnya... Dulu2 keje selalu buat fire drill exercise, ada staff kena turun tangga Dr tingkat 30 berapa ntah, pitam.. Tak dapat bayang klu lebih 40 tingkat ni
Quote Lagubestbest 17-9-2022 08:30 PM
Edited by Lagubestbest at 17-9-2022 08:31 PM

hmm belah tu je terbakor, mesti facade luar belah situ semua pakai gabus je. atap rumah korang pun, kalau yang konon ada pasang pelindung haba bagai tu check elok2. ntah2 guna foam (paling berkesan tapi paling fire hazard).
Quote pooh~key 17-9-2022 10:55 PM
Lagubestbest replied at 17-9-2022 08:30 PM
hmm belah tu je terbakor, mesti facade luar belah situ semua pakai gabus je. atap rumah korang pun,  ...

Thanks bagi tips sis.
Quote ultra78 17-9-2022 11:13 PM
Tak runtuh kan
Quote Highflyer19 18-9-2022 07:58 AM
Tngok video ingatkn CGI dlm movie...
Quote Belibis 18-9-2022 08:00 AM
Punya dahsyat...tiada kematian??
Quote KamikuP 19-9-2022 10:39 AM
Takut + seram pulak iollss tengok

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.034053 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top